• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bukan Sekadar Sabah, Kesultanan Sulu Dikatakan Tuntut Sarawak Sekali

Oleh
ILB - AI
7 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Sarawak juga dituntut. Biar betul?!

Bukan Sekadar Sabah, Kesultanan Sulu Dikatakan Tuntut Sarawak Sekali. Kita sudah pasti tahu bahawa Kesultanan Sulu hendak menuntut pemilikan Sabah kerana beranggapan Sabah adalah milik mutlak mereka mengikut salasilah sejarah. Bahkan mereka juga menuntut Sabah apabila ada isu tentang pajakanyang tidak tepati.

Tak habis disini. Lagi mengejutkan apabila mereka juga mendapati bahawa Sarawak juga dapat dituntut. Kita tahu kedudukan Sabah dan Sarawak berdekatan dalam dalam satu Kepulauan Borneo tetapi ini bukan hal remeh. Sulu menuntut Sarawak, bagaimana ini boleh terjadi?

Bukan Sekadar Sabah, Kesultanan Sulu Dikatakan Tuntut Sarawak Sekali
Bukan Sekadar Sabah, Kesultanan Sulu Dikatakan Tuntut Sarawak Sekali. Sumber gambar: ResearchGate

Kontrak pajakan 1878 yang ASLI.

Hasrat Kesultanan Sulu ingin menuntut Sabah telah dibantu oleh The Moro National Liberation Front (MNLF). Dimana MNLF memberitahu bahawa mereka telah menemui sesuatu yang sangat berharga dan menjadi kunci permasalahan ini iaitu kontrak pajakan 1878 yang asli.

Bukan Sekadar Sabah, Kesultanan Sulu Dikatakan Tuntut Sarawak Sekali
Sumber gambar: FB Ben Dawood

Bagi pihak MNLF, dengan adanya penemuan ini yang disyaki telah hilang sejurus selepas setahun kontrak itu dimeterai maka banyak hal tuntutan yang memudahkan pihak Kesultanan Sulu.

Antaranya adalah pihak United Kingdom dan Kesultanan Brunei akan menurut kemahuan pihak Kesultanan Sulu dan ini yang dimahukan oleh mereka. Bahkan, kontrak pajakan ini yang membuatkan mereka yakin untuk menuntut Sarawak sebagai milik mereka juga.

Menjadi bukti hingga ke OIC.

Kontrak pajakan yang asli yang dimeterai menggunakan bahasa Arab diantara pegawai Syarikat Borneo Utara British dan Sultan Sulu, Sultan Jamal Al Alam serta surat rasmi daripada Ratu Elizabeth II dipercayai mengesahkan hak dan kekuasaan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

Segala dokumen daripada penemuan kontrak pajakan yang asli ini yang akan diketengahkan oleh MNLF sebagai bukti untuk membantu Kesultanan Sulu dalam proses menuntut Sabah dan kemungkinan besar menuntut Sarawak juga ke pihak Organization of Islamic Cooperation (OIC).

Bukan Sekadar Sabah, Kesultanan Sulu Dikatakan Tuntut Sarawak Sekali
Sumber gambar: Organization of Islamic Cooperation

Walaupun adanya isu penemuan kontrak pajakan yang asli ini, bukan mudah dan sewenang-wenangnya Malaysia akan mengalah dan menyerahkan pemilikan Sabah dan Sarawak kepada Kesultanan Sulu. Sabah dan Sarawak tetap dibawah naungan Malaysia walau apa pun terjadi.

Disini terdapat beberapa artikel lain yang boleh dibaca untuk mengetahui apa sahaja isu tuntutan Sulu ini:

SUMBER :FB Ben Dawood
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Laluan Sungai Peran Runtuh, Penduduk Di Belaga Terputus Hubungan
Next Article Gara-gara Hidangkan ‘French Fries’ Sejuk, Pekerja McD Ditembak Mati Oleh Pelanggan Gara-gara Hidangkan ‘French Fries’ Sejuk, Pekerja McD Ditembak Mati Oleh Pelanggan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?