• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Pasal Sabah Kah Kamu Nda Peduli?’ – Speaker Keluar Parlimen Tak Nak Bahas Isu Rampasan Waris Sulu

Oleh
Ismail NA
18 Julai 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Isu penting juga ni kan, tetapi kenapa tak nak bahas ya?

‘Pasal Sabah Kah Kamu Nda Peduli?’ – Speaker Keluar Parlimen Tak Nak Bahas Isu Rampasan Waris Sulu. Hari pertama persidangan Parlimen hari ini menyaksikan satu ketegangan berlaku di antara Speaker Dewan, Datuk Azhar Azizan Harun dan pemimpin parti pembangkang sehingga menyebabkan speaker bertindak keluar daripada dewan.

Isi Isi Penting
  • Isu penting juga ni kan, tetapi kenapa tak nak bahas ya?
  • Tak nak bahas sebab sudah dibahaskan sebelum ini
  • “Tiada konflik kepentingan antara saya dan abang saya,” – Speaker Dewan
  • Azhar keluar dewan, Isnaraissah tetap tuntut diperbahaskan
  • Rajutan kronologi kejadian

Azhar dipersoalkan oleh barisan pemimpin pembangkang iaitu Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud-Warisan), Ramkarpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor-PH) dan Datuk Mohd Azis Jamman (Ahli Parlimen Sepanggar-Warisan).

'Pasal Sabah Kah Kamu Nda Peduli?' - Speaker Keluar Parlimen Tak Nak Bahas Isu Rampasan Waris Sulu
MP Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis. Sumber: RTM

Tak nak bahas sebab sudah dibahaskan sebelum ini

Menerusi sidang hari ini, speaker dewan tersebut tidak membenarkan isu berkaitan rampasan aset Petronas di Luxembourg tempoh hari oleh waris Kesultanan Sulu dibahaskan di Parlimen meskipun diminta oleh pemimpin dari Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis.

Jelas Azhar, perkara terbabit telah dibahaskan menerusi perbahasan kecemasan yang dibenarkan dalam sidang parlimen sebelum ini. Tegasnya, perkara tersebut juga telah dibincangkan dengan panjang lebar dengan penerangan daripada Menteri Kewangan Malaysia.

Walau bagaimanapun, Isnaraissah terus mempersoalkan speaker Dewan Rakyat bahawa maklumat yang diberikan dalam perbahasan yang lalu tidak mencukupi. Azhar membalas dengan mengatakan bahawa perkara tersebut masih di bawah sub judice (dilarang dibincangkan di khalayak ramai) kerana terdapat 2 atau 3 prosiding yang masih berlangsung.

'Pasal Sabah Kah Kamu Nda Peduli?' - Speaker Keluar Parlimen Tak Nak Bahas Isu Rampasan Waris Sulu
Speaker Dewan, Datuk Azhar Azizan Harun. Kredit foto: AZHAR MAHFOF via The Star

“Tiada konflik kepentingan antara saya dan abang saya,” – Speaker Dewan

Dalam masa yang sama, Azhar menegaskan bahawa tidak berlaku konflik kepentingan (conflict of interest) meskipun kes tersebut dikendalikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun yang merupakan abang kepada Speaker Dewan Rakyat itu. Hal ini kerana beliau tidak pernah sesekali masuk campur dalam urusan kerja abangnya.

Azhar juga berkeras untuk tidak mahu membahaskan, apatah lagi membuat sebarang keputusan berkaitan hal berkenaan di Dewan Rakyat sekiranya ia melibatkan abangnya.

Namun demikian, Isnaraissah tetap tidak berpuas hati dengan jawapan balas speaker Dewan Rakyat memandangkan aset Petronas sememangnya telah dirampas dan sedang dipertanggungjawabkan dalam sidang mahkamah.

'Pasal Sabah Kah Kamu Nda Peduli?' - Speaker Keluar Parlimen Tak Nak Bahas Isu Rampasan Waris Sulu

Azhar keluar dewan, Isnaraissah tetap tuntut diperbahaskan

Ketegangan antara Azhar dan Isnaraissah berlaku selama 20 minit yang seterusnya menyaksikan spekaer Dewan Rakyat membuat keputusan untuk keluar daripada dewan. Isnaraissah walau bagaimanapun tetap mencelah agar satu tarikh ditetapkan bagi membahaskan isu berkenaan sewaktu ucapan yang dibuat oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Ini adalah kali ketiga saya telah menghantar isu ini untuk dibahaskan dan ketiga-tiganya ditolak. Isu ini berkaitan kedaulatan negara…saya memohon agar Tuan Speaker memberikan saya tarikh untuk isu ini diterima dan dibahaskan. Beri saya tarikh!”

Isnaraissah, MP Kota Belud-Warisan

Setelah didesak oleh Isnaraissah, Datuk Mohd Rashid Hasnon (Ahli Parlimen Batu Pahat-Bersatu) memberitahu bahawa MP Kota Belud berkenaan boleh membuat rayuan kepada speaker.

Susulan ketegangan yang berlaku itu, Isnaraissah digantung 2 hari daripada menghadiri sidang di Parlimen kerana mengganggu persidangan. Walau bagaimanapun, ahli-ahli pemimpin pembangkang cuba menghalang Isnaraissah daripada dibawa keluar daripada dewan oleh pengiring.

'Pasal Sabah Kah Kamu Nda Peduli?' - Speaker Keluar Parlimen Tak Nak Bahas Isu Rampasan Waris Sulu
Sumber: RTM

Rajutan kronologi kejadian

Di laman Twitter pula, sebuah rajutan oleh koresponden Malaysia South China Morning Post Asia, Hadi Amir menyorot kenyataan yang dibuat oleh Isnaraissah susulan kritikannya terhadap penolakan usul tersebut yang tidak mahu dibahaskan oleh Speaker Dewan Rakyat di Parlimen;

Pasal Sabah kah kamu nda peduli?…Jangan sampai nanti Sabah juga tergadai”

Isnaraissah, MP Kota Belud-Warisan

“Pasal Sabah kah kamu nda peduli?”

Kota Belud criticises Speaker for thrice rejecting her motion for a debate on the Sulu claim. pic.twitter.com/2jbJq6xMgo

— Hadi Azmi (@amerhadiazmi) July 18, 2022

Kenyataan Isnaraissah juga disokong oleh MP Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman yang menyokong dengan mengatakan bahawa Dewan tidak mahu mempertahankan kedaulatan Sabah tetapi tetap mahukan hasil negeri berkenaan.

Menerusi sidang media yang diadakan sebentar tadi, Isnaraissah menggesa agar usulnya diterima dan tuntutan ke atas waris Sulu ke atas Malaysia ini dipandang serius serta diselesaikan sekaligus bagi mempertahankan kedaulatan negara.

Beberapa minggu yang lalu, pasukan perundangan waris Kesultanan Sulu telah merampas aset negara di Luxembourg sebagai pampasan tuntutan ke atas pajakan sebahagian wilayah di Sabah yang tidak dibayar:

SUMBER :The VibesTwitter Hadi Amir
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menyajikan Makanan Thailand Fusion Unik, Ketahui Restoran Thai Jai Di Kuching
Next Article Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda Niat Nak Ambil Anak Angkat, Wanita Ini Ditipu Oleh Scammer Menyamar Sebagai Janda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?