• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Portal Lapor Anak Syarikat Petronas Di Luxembourg Dirampas Waris Kesultanan Sulu

Oleh
Ismail NA
12 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Anak syarikat gergasi minyak Malaysia itu dilaporkan bernilai USD 2 bilion.

Portal Lapor Anak Syarikat Petronas Di Luxembourg Dirampas Waris Kesultanan Sulu. Menerusi laporan sebuah portal kewangan, Financial Times yang berpangkalan di London, waris kesultanan Sulu yang menuntut ganti rugi daripada Malaysia telah bertindak merampas dua anak syarikat Petronas di Luxembourg.

Dua anak syarikat berkenaan dikatakan bernilai USD 2 bilion.

Portal Lapor Anak Syarikat Petronas Di Luxembourg Dirampas Waris Kesultanan Sulu
Portal Lapor Anak Syarikat Petronas Di Luxembourg Dirampas Waris Kesultanan Sulu

Langkah berani waris Sulu setelah Malaysia tidak mengendahkan tuntutan 14.9 bilion USD

Peguam bagi pihak waris kesultanan Sulu telah menuntut rampasan Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus. Bailif di Luxembourg telah merampas syarikat berkenaan bagi pihak pelanggan pada Isnin.

Langkah ini dilaporkan adalah kali pertama dalam sejarah dan merupakan sebahagian daripada usaha waris kesultanan Sulu sejak tahun 2017 bagi memenangi semula pampasan ke atas tanah pajakan nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada tahun 1878, sebelum penerokaan sumber alam di kawasan terbabit.

Portal Lapor Anak Syarikat Petronas Di Luxembourg Dirampas Waris Kesultanan Sulu
Luxembourg, negara kedua terkaya di dunia.

Pada Mac lalu, mahkamah timbang tara di Perancis telah memutuskan bahawa Malaysia dikehendaki untuk membayar pampasan bernilai USD 14.9 bilion kerana melanggara Perjanjian 1848, iaitu jauh sebelum pembentukan Malaysia lagi.

Namun, pada tahun 2013, Malaysia telah memberhentikan bayaran pajakan sumber asli kepada waris kesultanan Sulu dengan alasan bahawa wilayah kesultanan tersebut telah pupus dan sebahagian wilayah yang termaktub dalam perjanjian kini telah menjadi milik Malaysia secara sah sejak tahun 1957.

Jumlah hutang Malaysia akan meningkat 10% jika terus tidak dibayar, ancam akan terus rampas aset negara yang lain

Walau bagaimanapun, selagi Malaysia mengabaikan tuntutan tersebut, jumlah hutang tersebut juga akan bertambah. Penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa liabiliti tertunggak Malaysia kepada waris ini akan meningkat sebanyak 10 peratus bagi setiap tahun yang tidak dibayar.

Portal Lapor Anak Syarikat Petronas Di Luxembourg Dirampas Waris Kesultanan Sulu

Lebih buruk, peguam waris kesultanan Sulu menegaskan bahawa pihaknya akan mengejar lebih banyak aset negara sekiranya resolusi tersebut tidak mencapai kata sepakat. Jelas peguam utama 4-5 Gray’s Inn Square, Malaysia perlu menghormati obligasi antarabangsa atau menjadi seperti Rusia.

Kementerian Luar Malaysia pula setakat ini masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara ini.

Pada hujung Februari lalu, mahkamah timbang tara di Perancis telah mengarahkan Malaysia untuk membayar ganti rugi dan pampasan kepada waris Kesultanan Sulu. Baca selanjutnya di sini:

SUMBER :Financial Times
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cubaan Larikan Diri, Presiden Sri Lanka ‘Terperangkap’ Berdepan Rusuhan Di Lapangan Terbang
Next Article Stress Tunggu Parcel Lama-Lama? Cuba Cek Maksud Di Sebalik Status Tracking Pos Laju Stress Tunggu Parcel Lama-Lama? Ini Rupanya Maksud Status Tracking Pos Laju

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?