Cuba teka adakah lelaki ini bermain sahaja atau serius? Either way, it’s brilliant marketing!
“Sapa Nak COD Mi Maggi?” Netizen Terhibur Layan Cadangan Jual Mi Segera Lelaki Ini. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Arrifin Mukhriz, memuat naik satu posting dalam group Kamek Miak Sarikei (KMS) YeTeKu!!! mengatakan niat beliau untuk menjalankan perniagaan penghantaran mi segera semasa PKP. Posting beliau yang tular dalam group tersebut mendapat pelbagai reaksi malah komen yang agak lucu.

Harga Bermula Dari RM4
Menurut posting tersebut, beliau menjual pelbagai jenis mi segera yang dimasak dari rumah khas untuk penghantaran. Berikut adalah senarai mi segera dan harga yang ditetapkan oleh beliau:
- Mi Maggi Perisa Ayam RM4
- Mi Happy RM4
- Mi Indomie RM5
- Mi Kari (tidak disenaraikan dalam post asal tetapi disebut dalam ruang komen)
Anda juga boleh tambah bahan lain seperti:
- Telur – RM2.50
- Sayur – RM0.50
- Sayur Tauge – RM0.30
- Sayur Kubis – RM0.60
- Hot dog – RM1.00
Beliau berkata, untuk COD anda akan dikenakan cas RM8 atau RM7, ikut kejauhan pelanggan.
Netizen Terhibur Dengan ‘Marketing’ Beliau
Obviously, ada juga pengguna Facebook lain yang bertanya soalan sebegini:

Beliau telah memberi cadangan untuk menjawabkan persoalaan seperti ini…


Berikut adalah beberapa tangkap layar reaksi netizen yang meninggalkan komen lucu dan ada juga ikhlas nak order dari lelaki ini:


Terdapat juga mereka yang memberi cadangan lain untuk menggantikan mi segera sebagai alternatif:

Surprise! Selain mi segera, lelaki ini juga menyediakan makanan lain…
Tiada ribut, tiada angin, tiba-tiba… bukan sahaja mi segera dalam menu, malah bubur juga boleh dipesan untuk penghantaran! Dengan RM4, anda boleh menikmati bubur kosong yang bakal dihantarkan ke rumah anda. Kalau nak kick sikit, boleh tambah kicap sekali (cas RM1, boss)

Menghiburkan, tapi janji halal
Walaupun kebanyakan daripada mereka berasa lelaki ini hanya sekadar menghiburkan sahaja, misalnya beliau serius melakukan bisnes penghantaran mi segera, semoga beliau berjaya dalam usaha beliau. Lagi-lagi sekarang PKP banyak sumber pendapatan terjejas jadi kebanyakan orang kini mencari alternatif lain untuk mencari pendapatan sampingan.
Untuk membaca lebih lanjut ceritanya, anda boleh KLIK DI SINI.

Mencari sesuatu yang boleh menceriakan hari anda semasa PKP? Baca artikel ini :