• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bumbung Bas Remuk Gara-Gara Tersekat Di Jejambat Bulatan Kipali, Respon Netizen Ini Mencuit Hati

Oleh
ILB - AI
21 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Memang dah berapa kali kenderaan berat tersekat di sini.

Bumbung Bas Remuk Gara-Gara Tersekat Di Jejambat Bulatan Kipali, Respon Netizen Ini Mencuit Hati. Rasanya sudah acap kali dengar tentang kes kenderaan berat yang tersekat apabila lalu dibawah jejambat di Bulatan Kipali ini. Pagi ini sahaja sudah heboh dengan kejadian sebuah bas bukan sahaja tersekat tapi kerosakan teruk terjadi kepada bumbung bas apabila seolah-olah pemandu memaksa untuk melalui bawah jejambat tersebut. Macam berepisode sudah kejadian disini.

Sebuah bas yang cukup dikenali namanya telah mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung setelah melalui dibawah jejambat di Bulatan Kipali. Kejadian seperti ini telah berlaku beberapa kali dan ini mencetus respon mencuit hati para netizen diruangan komen.

Bumbung Bas Remuk Gara-Gara Tersekat  Di Jejambat Bulatan Kipali, Respon Netizen Ini Mencuit Hati
Bumbung Bas Remuk Gara-Gara Tersekat Di Jejambat Bulatan Kipali, Respon Netizen Ini Mencuit Hati. Sumber gambar: FB Syazani Abdul Rani

”Entah siapa yang salah”

Bak kata lirik lagu, entah siapa yang salah. Kalau kita perhatikan kejadian tersekat dibawah jejambat ini, kebanyakannya bukan kenderaan bersaiz kecil, bukan? Jadi disini timbul persoalan, siapa yang patut dipersalahkan kerana bukan sekali, malah berkali-kali.

Adakah salah pihak kerajaan, salah pihak pemaju atau salah pihak pemandu?

Jika kita nak salahkan pihak kerajaan, kerajaan mana yang tidak mahu melihat negerinya tidak maju? Kalau kita salahkan pihak pemaju, mereka hanya menerima arahan dan mengikut perancangan yang telah dirancang. Salah pemandu? Mungkin kekurangan papan tanda untuk memberi amaran kenderaan lebihan muatan tidak digalakkan untuk melalui bawah jejambat kurang dinaikkan atau mungkin kecuaian pemandu itu sendiri.

Bumbung Bas Remuk Gara-Gara Tersekat  Di Jejambat Bulatan Kipali, Respon Netizen Ini Mencuit Hati
Sumber gambar: FB Sarawak Edition SE

Begitulah antara persoalan serta pendapat yang muncul diruangan komen oleh para netizen. Bahkan, ada lagi yang mencuit hati apabila ada netizen berkata bahawa ‘sik balit modal’. Tidak dapat balik modal untuk membaiki kerosakan yang ada pada bas kerana promosi tambang RM1 yang ada terpampang pada bas tersebut turut menjadi komen yang mencuit.

Bumbung Bas Remuk Gara-Gara Tersekat  Di Jejambat Bulatan Kipali, Respon Netizen Ini Mencuit Hati
Sumber gambar: FB Sarawak Edition SE

Semoga pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya kepada pemandu kerana hal ini benar-benar terjadi berkali-kali tapi seolah-olah dipandang enteng oleh para pemandu lain. Takkan sampai kesudah kita hendak salahkan kerajaan dan pemaju. Sudah dilakukan kemajuan, malah sikap kita macam sambil lewa sahaja.

Untuk cerita lain yang berkaitan dengan jejambat, boleh baca artikel berikutnya:

Jejambat Batu 7 Kuching-Serian Dibuka Sepenuhnya Bermula Hari Ini

Terpanjang Di Sarawak, Jejambat Nyabau Di Bintulu Kini Dibuka Untuk Orang Awam
SUMBER :Sarawak Edition
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bazir Masa Dan Duit Minyak, Wanita Samarahan Luah Dirinya Ditipu Dan Dimaki Oleh Pembeli Bazir Masa Dan Duit Minyak, Wanita Samarahan Luah Dirinya Ditipu Dan Dimaki Oleh Pembeli
Next Article Sanggup Bunuh Bayi Sendiri, Ketahui Kisah Wanita Dari Perancis Ini Yang Menghidap ‘Denial Pregnancy’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?