• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Sanggup Bunuh Bayi Sendiri, Ketahui Kisah Wanita Dari Perancis Ini Yang Menghidap ‘Denial Pregnancy’

Oleh
ILB - AI
21 Ogos 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Bayi jadi mangsa kekejaman ibu yang menghidap denial pregnancy.

Sanggup Bunuh Bayi Sendiri, Ketahui Kisah Wanita Dari Perancis Ini Yang Menghidap ‘Denial Pregnancy’. Wanita perancis yang dikenali sebagai Véronique Courjault merupakan isteri kepada seorang jurutera Jean-Louis Courjault.

Oleh kerana suaminya mendapat pekerjaan, pasangan itu lalu berhijrah ke Korea Selatan pada tahun 2002.

Sanggup Bunuh Bayi Sendiri, Ketahui Kisah Wanita Dari Perancis Ini Yang Menghidap 'Denial Pregnancy'
Sanggup Bunuh Bayi Sendiri, Ketahui Kisah Wanita Dari Perancis Ini Yang Menghidap ‘Denial Pregnancy’

Sepanjang kehidupan mereka di Korea Selatan, syarikat tempat kerja suaminya menyediakan sebuah rumah di kawasan kediaman yang cukup elit.

Sebuah rumah tiga tingkat bahkan mempunyai halaman yang luas di belakang rumah. Wah, kalau bayangkan memang cukup gah rumah yang didiami mereka.

Setelah 4 tahun bekerja di syarikat itu mereka memutuskan untuk pulang ke Perancis pada awal bulan Jun 2006. Namun, suaminya pulang ke Korea Selatan atas urusan kerja yang perlu diselesaikan.

Sanggup Bunuh Bayi Sendiri, Ketahui Kisah Wanita Dari Perancis Ini Yang Menghidap 'Denial Pregnancy'
Peti sejuk milik pasangan Courjault. Kredit: Twitter @Apri

Apa yang memeranjatkan setelah tiba di rumah, suaminya menemui dua mayat bayi di dalam peti sejuk rumahnya dan melaporkan kepada pihak polis untuk menyiasat siapa pelakunya.

Beberapa hari kemudian, ujian DNA telahpun dilakukan oleh pihak berkuasa Korea Selatan dan mengesahkan bahawa kedua bayi itu adalah milik pasangan itu.

Jean-Louis Courjault dan Véronique Courjault membuat penafian di sidang akhbar. Kredit: Twitter @Apri

Pada Ogos 2006, kedua pasangan itu mengadakan sidang akhbar di mana pasangan itu mempertikaikan keputusan DNA tersebut dan menggelar media sebagai ‘a lynch mob’ yang bersekongkol dengan pesaing komersial suaminya.

Seorang penyiasat dari Korea Selatan Detektif Cheon Hyungil ditugaskan untuk mengendali kes yang tiada hujung pangkal itu dan yakin bahawa dalang disebalik perlakuan kejam itu adalah Veronique.

Sanggup Bunuh Bayi Sendiri, Ketahui Kisah Wanita Dari Perancis Ini Yang Menghidap 'Denial Pregnancy'
Detektif Cheon Hyungil. Kredit: Twitter @Apri

Sayangnya, pihak berkuasa Perancis tidak percaya atas hasil penyelidikan oleh Korea Selatan terutamanya dengan teknologi ujian DNA yang dikatakan kurang sahih.

Pasukan penyelidikan Korea Selatan masih berkeras untuk merungkaikan kes ini dan secara tidak langsung menjumpai tisu milik Veronique sewaktu dia dirawat di hospital Korea Selatan.

Berdasarkan hasil ujian yang dilakukan, ternyata Veronique adalah ibu kepada dua bayi tersebut.

Sanggup Bunuh Bayi Sendiri, Ketahui Kisah Wanita Dari Perancis Ini Yang Menghidap 'Denial Pregnancy'
Véronique Coujault membuat pengakuan sewaktu perbicaraan. Kredit: Twitter @Apri

Akhirnya pada Oktober 2006 Véronique Coujault membuat pengakuan membunuh kedua bayi dan membekukan mayat mereka selepas melahirkan mereka pada 2002 dan 2003.

Dia juga mengaku bahawa pernah membunuh bayi ketiga dan membakar mayatnya dalam pendiang (unggun api) pada tahun 1999 ketika pasangan itu masih tinggal di Perancis.

Sanggup Bunuh Bayi Sendiri, Ketahui Kisah Wanita Dari Perancis Ini Yang Menghidap 'Denial Pregnancy'
Véronique Coujault ditahan selepas didapati bersalah. Kredit: Twitter @Apri

Kes tuduhan terhadap suaminya lalu digugurkan kerana dia menyatakan tidak pernah mengetahui bahawa isterinya sedang hamil dan telah merahsiakan darinya dengan memakai pakaian longgar dan kondisi isterinya dikenali sebagai ‘denial of pregnancy’.

Apa itu denial of pregnancy?

Denial pregnancy adalah satu bentuk penafian yang ditunjukkan oleh wanita iaitu seseorang yang tidak memiliki keinginan untuk hamil tetapi dia mungkin sedar atau tidak bahawa dirinya hamil.

Sanggup Bunuh Bayi Sendiri, Ketahui Kisah Wanita Dari Perancis Ini Yang Menghidap 'Denial Pregnancy'
Denial of pregnancy. Kredit: Twitter @Apri

Jika dirinya sedar tentang keadaan dirinya yang sedang hamil, maka dia akan melupakan bahawa ianya tidak pernah berlaku dan menganggap dirinya tidak hamil.

Jika si ibu dalam fasa untuk melahirkan, dirinya akan berusaha untuk menganggap bahawa kewujudan bayi itu tidak ada sama sekali di dalam kandungannya.

Seperti yang anda lihat, ini adalah perbezaan pesakit normal dan pesakit yang menghidap ‘denial of pregnancy’.

Sanggup Bunuh Bayi Sendiri, Ketahui Kisah Wanita Dari Perancis Ini Yang Menghidap 'Denial Pregnancy'
Perbezaan hamil biasa dan denial pregnancy. Kredit: Twitter @Apri

Ternyata, pemikiran si ibu mengandung mempengaruhi bentuk tubuh bayi dan keadaan kandungannya.

Lebih menyedihkan lagi adalah bayi di dalam perut boleh merasakan penolakan si ibu seperti menafikan bahawa bayinya tidak wujud membuatkan bayinya bersembunyi agar tidak kelihatan, bahkan tidak bergerak.

Sanggup Bunuh Bayi Sendiri, Ketahui Kisah Wanita Dari Perancis Ini Yang Menghidap 'Denial Pregnancy'
Jean-Louis Courjault dan Véronique Courjault. Kredit: Twitter @Apri

Lagi cerita menarik boleh baca di sini:

Bumbung Bas Remuk Gara-Gara Tersekat Di Jejambat Bulatan Kipali, Respon Netizen Ini Mencuit Hati
Bazir Masa Dan Duit Minyak, Wanita Samarahan Luah Dirinya Ditipu Dan Dimaki Oleh Pembeli
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bumbung Bas Remuk Gara-Gara Tersekat Di Jejambat Bulatan Kipali, Respon Netizen Ini Mencuit Hati
Next Article Padah Lakukan Aksi Wheelie, Remaja Ditahan Dalam Operasi Di Sibu Padah Buat Aksi Wheelie, Remaja Ditahan Dalam Operasi Di Sibu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?