• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bumi Kenyalang Kini Sah Pemilik MASWings – Abang Johari

Oleh
Farisha
13 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Sarawak kini ada syarikat penerbangan sendiri? MASwings dah confirm milik Sarawak

Bumi Kenyalang Kini Pemilik MASWings – Abang Johari. Tak lama lagi, Sarawak bakal melangkah ke langit biru dengan syarikat penerbangan sendiri. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, mengesahkan bahawa proses pengambilalihan MASwings Sdn Bhd telah selesai sepenuhnya.

“MASwings beres. Ini bermakna kami (Sarawak) telah mengambil alih MASwings,” kata Abang Johari, menurut laporan media tempatan.

Bumi Kenyalang Kini Pemilik MASWings – Abang Johari
Bumi Kenyalang Kini Pemilik MASWings – Abang Johari

Apa Plan Seterusnya?

Walaupun jumlah harga pengambilalihan tidak didedahkan, Abang Johari memaklumkan bahawa majlis menandatangani perjanjian akan diadakan dalam masa sebulan. Kemungkinan besar, acara bersejarah ini akan berlangsung di Kuching.

Tentang nama baru untuk syarikat penerbangan itu? Beliau berkata ia akan diumumkan selepas majlis menandatangani perjanjian itu.

Kenapa Penting Sangat?

Menurut Abang Johari, pengambilalihan ini adalah sebahagian daripada usaha Sarawak untuk menjadi pintu masuk utama ke Asean. Dengan langkah ini, Sarawak bercadang untuk meningkatkan perdagangan, pelancongan, dan pelaburan di rantau ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Cabaran Sebelum Pengambilalihan

Proses pengambilalihan ini bukan mudah. Sarawak dan MASwings, yang dimiliki oleh Malaysia Aviation Group, sebelum ini menghadapi perbezaan dalam penilaian aset syarikat. Untuk menyelesaikan isu ini, sebuah audit pihak ketiga telah dilantik bagi menentukan nilai aset yang tepat.

Namun, kini semua halangan telah diatasi, dan Sarawak sudah bersedia untuk menerajui syarikat penerbangan sendiri.

Apa pun, ini adalah langkah yang bakal mengubah lanskap ekonomi dan pelancongan Sarawak. Lepas ni, siapa tahu? Mungkin kita semua boleh terbang dengan syarikat penerbangan milik Sarawak ke destinasi impian.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai pengambilalihan MASWings:

Premier Sarawak Dedah Nama Baharu MASwings Telah Dimuktamadkan
Suku Pertama 2025, MASwings Dijangka Sah Milik Sarawak Sepenuhnya

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Paksa Pelajar Bukan Islam Sabah, Sarawak Sertai Program Dakwah Di Masjid – Penulis
Next Article Hujan Berterusan Dijangka Di Sarawak Dari 15 Hingga 18 Januari

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?