• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Premier Sarawak Dedah Nama Baharu MASwings Telah Dimuktamadkan

Oleh
Nazihah AN
6 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Premier Sarawak Dedah Nama Baharu MASwings Telah Dimuktamadkan

Premier Sarawak Rahsiakan Nama Baharu, Mahu Umumkan Setelah Selesai Proses Rundingan

Premier Sarawak Dedah Nama Baharu MASwings Telah Dimuktamadkan. Kerajaan Sarawak kini semakin hampir untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri, dengan usaha pengambilalihan MASwings Sdn Bhd (MASwings) sedang giat dijalankan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mendedahkan bahawa proses ini bukan sahaja melibatkan operasi penerbangan tetapi juga pengendalian darat di semua lapangan terbang di Sarawak.

Namun, kata beliau, perjanjian pengambilalihan masih belum dimuktamadkan kerana juruaudit daripada kedua-dua pihak sedang berbincang bagi menentukan nilai sebenar syarikat itu, termasuk semua aset darat yang terlibat.

Proses pengambilalihan MASwings dijangka selesai sekurang-kurangnya pada suku pertama 2025.

“Sepatutnya proses pengambilalihan ini sudah selesai, tetapi ketika ini, rundingan berkaitan penilaian aset syarikat masih berjalan. Ini termasuk aset pengendalian darat di lapangan terbang utama seperti di Kuching, Sibu, Miri, dan Bintulu serta lapangan terbang kecil di kawasan luar bandar,” katanya semasa sidang media selepas melawat Sarawak Service di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching hari ini.

Premier Sarawak turut memberi sedikit teaser yang pastinya menggembirakan rakyat Sarawak – nama baharu untuk syarikat penerbangan ini sudah diputuskan! Tetapi, beliau memilih untuk merahsiakannya buat masa ini sehingga proses rundingan dengan Malaysia Aviation Group (MAG) selesai sepenuhnya.

Sebelum ini, Premier pernah menyatakan bahawa pengambilalihan MASwings dijangka selesai pada suku pertama tahun 2025. Dengan perkembangan terkini ini, rakyat Sarawak boleh berharap untuk melihat syarikat penerbangan milik sendiri yang bakal membawa manfaat besar, terutamanya kepada kawasan luar bandar.

Fuhh menarik jugak kalau MASwings ni sah milik Sarawak, diorang sasar nak pergi 6 destinasi ini:

Sarawak Sasar Enam Destinasi Penerbangan Antarabangsa Selepas Ambil Alih MASWings
Sarawak Sedia Ambil Alih MASwings ‘Upgrade’ Jadi Syarikat Penerbangan Sendiri

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Chewlunia Sabahensis, Penemuan Tumbuhan Kopi Unik Dari Sabah Diiktiraf Sebagai Genus Baharu
Next Article UTC Sibu Sesak Demi Mohon Bantuan SKAS Dan Kemaskini Akaun SPay Global UTC Sibu Sesak Demi Mohon Bantuan SKAS Dan Kemaskini Akaun SPay Global

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?