• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Bunyi Bising Dan Ubah Suai Ekzos, Anda Boleh Dikenakan Penjara 6 Bulan Dan Denda RM2K

Oleh
Nazihah AN
29 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Bunyi Bising Dan Ubah Suai Ekzos, Anda Boleh Dikenakan Penjara 6 Bulan Dan Denda RM2K

Dilarang mengubahsuai kenderaan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan

Bunyi Bising Dan Ubah Suai Ekzos, Anda Boleh Dikenakan Penjara 6 Bulan Dan Denda RM2K. Tahukah anda jika anda menukar dan ubah suai ekzos hingga menyebabkan bunyi bising boleh dikenakan penjara 6 bulan dan RM2K.

Bertindak atas aduan orang ramai, pihak polis dari ibu pejabat daerah Sepang bertindak membanteras motosikal dengan ekzos yang bising. Operasi terhadap motosikal dan kenderaan lain dengan ekzos bising akan diteruskan di kawasan itu bagi memelihara keamanan awam.

Bunyi Bising Dan Ubah Suai Ekzos, Anda Boleh Dikenakan Penjara 6 Bulan Dan Denda RM2K
Bunyi Bising Dan Ubah Suai Ekzos, Anda Boleh Dikenakan Penjara 6 Bulan Dan Denda RM2K. Sumber gambar: motomalaya.net

Operasi ini masih dijalankan untuk memelihara keamanan awam

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah SEPANG, ASP Rudy Syahrizal bin Elham menasihatkan mana-mana pemilik motosikal atau motokar yang telah membuat pengubahsuaian ekzos agar memasang semula ekzos asal sebelum tindakan tegas diambil.

Orang ramai diingatkan adalah menjadi satu kesalahan untuk mengubah suai ekzos kenderaan sehingga mengganggu ketenteraman awam dan menimbulkan gangguan. Kesalahan itu boleh dikenakan denda RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan di bawah Seksyen 103 di bawah Akta Peraturan Kenderaan (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 LN 170/1959.

Di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis diberikan kuasa untuk menyita motosikal tersebut dengan tujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya lagi kesalahan tersebut.

Pihak polis boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemilik motosikal mengambil langkah-langkah bagi menjamin kesalahan tersebut tidak berulang lagi.

Bunyi Bising Dan Ubah Suai Ekzos, Anda Boleh Dikenakan Penjara 6 Bulan Dan Denda RM2K
Gambar sekadar hiasan

Manakala, mereka yang terlibat dalam aktiviti lumba haram, akan dikenakan hukuman lebih berat.

Awal bulan lepas, Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak berkata Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dipinda untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti lumba haram.

Beliau berkata hukuman yang lebih berat akan dikenakan denda minimum dinaikkan daripada RM300 kepada jumlah yang lebih berkesan, mungkin antara RM5,000 dan RM10,000, serta hukuman penjara bagi pesalah.

Beliau juga berkata pindaan itu juga membolehkan tindakan diambil terhadap bengkel pengubahsuaian motosikal yang digunakan oleh mat rempit.

Bunyi Bising Dan Ubah Suai Ekzos, Anda Boleh Dikenakan Penjara 6 Bulan Dan Denda RM2K
Gambar sekadar hiasan

Ketahui juga jenis modifikasi motosikal yang tidak dibenarkan sisi undang-undang. Baca lagi pautan di bawah:

https://www.iloveborneo.my/ketahui-6-modifikasi-motosikal-yang-haram-di-sisi-undang-undang/
Bunyi Bising Motosikal Ganggu Ketenteraman, Penduduk Rayu Pihak Berkuasa Buat Rondaan Di Batu Kawa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 6 Hak Penumpang Yang Anda WAJIB Tahu Sebelum Menaiki Pesawat
Next Article Mohon Kerja Untuk Anak, Wanita Ini Minta Majikan Datang Ke Rumah Untuk Menemu Duga Anaknya Mohon Kerja Untuk Anak, Wanita Ini Minta Majikan Datang Ke Rumah Untuk Menemu Duga Anaknya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?