Cahaya mirip tahi bintang dirakam di Miri Sarawak
Cerah Menyinari Langit, Cahaya Seperti Tahi Bintang Dirakam Pemandu Di Miri. Gempar di media sosial, cahaya terang menyinari langit telah berjaya dirakam seorang pemandu di Miri, semalam.
Kejadian ganjil ini dirakam pada malam semalam oleh seorang individu yang melalui sebuah jalan di Miri tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Cahaya sama turut dirakam di Singapura dan Brunei
Bukan sahaja di Miri, malah cahaya yang mirip tahi bintang ini juga dikatakan turut dikesan di negara jiran kita iaitu Singapura dan Brunei.
Dalam video yang telah dikongsikan oleh TikTok Utusan TV, cahaya berkenaan dikatakan telah muncul sejam awal di Singapura sebelum ia mucul di Miri.
Manakala di Brunei pula ia telah muncul awal 4 minit dari Miri, Sarawak.
Cahaya jelas dilihat
Cahaya tersebut paling jelas dilihat dalam rakaman dashcam di Brunei dan juga di Miri.
Cahaya terang yang boleh dilihat dengan jelas itu telah menimbulkan banyak persoalan dikalangan netizen.
Ada sesetengah netizen yang mendakwa mereka ada nampak cahaya tersebut malam tadi dan ada sesetengah yang berasa aneh dengan peristiwa tersebut.
