• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Disangka ‘Meteor’, Serpihan Logam Dipercayai Dari Roket China Ditemui Di Miri

Oleh
Nazihah AN
1 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Disangka Meteor, Serpihan Logam Dipercayai Dari Roket China Ditemui Di Miri

Isu ini telah tular sehingga ke luar negara

Disangka ‘Meteor’, Serpihan Logam Dipercayai Dari Roket China Ditemui Di Miri. Sebelum ini, penduduk Kuching dan Sibu telah digegarkan dengan penampakan ‘meteor’ serta bunyi dentuman kuat sekitar pukul 12.50 malam semalam.

Namun, objek yang kelihatan seakan-akan meteor di langit itu merupakan serpihan roket China yang jatuh di Sarawak.

Disangka 'Meteor', Serpihan Logam Dipercayai Dari Roket China Ditemui Di Miri
Disangka ‘Meteor’, Serpihan Logam Dipercayai Dari Roket China Ditemui Di Miri. Kredit gambar: Twitter Nazri Sulaiman

Baru-baru ini telah menerima laporan bahawa serpihan logam dari roket China telah ditemui

Serpihan logam yang dipercayai sebahagian daripada roket milim China, Long March 5B telah ditemui di Sepupok, Niah hari ini.

Dipetik dari Berita Harian, komponen tersebut difahamkan telah ditemui oleh penduduk Batu Niah semalam, lalu membuat laporan polis untuk disiasat.

Disangka 'Meteor', Serpihan Logam Dipercayai Dari Roket China Ditemui Di Miri
Sumber gambar: FB Miri Edition

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati serpihan logam tertimbus sedalam kira-kira satu meter di sekeliling rumah salah seorang penduduk.

Walau bagaimanapun, pihak polis tidak dapat mengesahkan asal usul logam berkenaan dan sudah meminta bantuan dari pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menganalisa tempat kejadian,”

Ketua Polis Daerah Miri.
Disangka 'Meteor', Serpihan Logam Dipercayai Dari Roket China Ditemui Di Miri
Sumber gambar: FB Miri Edition

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak berada di kawasan berhampiran kerana bimbang logam terbabit mengandungi bahan radioaktif.

Katanya, kawasan terbabit dipantau dengan teliti bagi memastikan tiada kejadian malang berlaku.

Pada masa sama, beliau turut merayu orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat palsu kerana ia boleh menyusahkan masyarakat.

Disangka 'Meteor', Serpihan Logam Dipercayai Dari Roket China Ditemui Di Miri
Disangka ‘Meteor’, Serpihan Logam Dipercayai Dari Roket China Ditemui Di Miri. Sumber gambar: FB Miri Edition

Video serpihan logam seakan-akan ‘meteor’ tersebut telah tular sehingga ke luar negara. Bagi anda yang terlepas dengan isu tersebut, boleh baca pautan di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Setinggan Cafe, Kedai Retro Hidangkan Sup Tulang Terbaik Di Sibu Setinggan Cafe, Kedai Retro Hidangkan Sup Tulang Terbaik Di Sibu
Next Article 'Sik Jauh Pegi Youu', Netizen Teruja Tuktuk Dan Rock N Roll Bakal Dibuka Di Summer Mall ‘Sik Jauh Pegi Youu’, Netizen Teruja Tuktuk Dan Rock N Roll Bakal Dibuka Di Summer Mall

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?