I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Caj Servis Restoran Naik 15% Sempena Tahun Baru Cina Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Oleh Farisha
21 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Restoran mengesahkan 15% caj servis sempena CNY

Caj Servis Restoran Naik 15% Sempena Tahun Baru Cina Undang Pelbagai Reaksi Netizen. Dalam satu pengumuman yang mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA) telah mengesahkan bahawa beberapa peniaga restoran akan meningkatkan caj servis mereka sehingga 15% pada dua hari pertama Tahun Baru Cina, berbanding kadar biasa 10%.

Menurut Presiden MSCSPGA, Wong Teu Hoon, kenaikan ini bertujuan untuk memberikan “tip” tambahan kepada pekerja yang bertugas pada tarikh 29 dan 30 Januari ini.

Caj Servis Restoran Naik 15% Sempena Tahun Baru Cina Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Caj Servis Restoran Naik 15% Sempena Tahun Baru Cina Undang Pelbagai Reaksi Netizen. Gambar hiasan.

“Biasanya, kebanyakan restoran sama ada mengekalkan caj servis pada 10% atau tidak beroperasi langsung pada dua hari tersebut,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Beliau turut menegaskan bahawa persatuan tidak campur tangan dalam keputusan ahli-ahlinya, yang bebas menentukan kadar caj servis masing-masing.

Namun, tindakan ini telah mengundang kritikan daripada netizen selepas sebuah restoran memuat naik notis memaklumkan pelanggan tentang kenaikan caj tersebut. Lebih menyemarakkan kemarahan, caj tambahan ini tidak termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6%.

“Pelanggan Ada Hak Untuk Pilih”

Menurut Wong, restoran yang mengenakan caj servis lebih tinggi telah memaklumkan pelanggan melalui notis, dan pelanggan mempunyai pilihan untuk makan di premis tersebut atau mencari alternatif lain.

“Kami percaya ini adalah cara terbaik untuk memastikan pekerja yang bertugas pada musim perayaan dihargai dengan baik. Lagipun, restoran telah memberikan notis awal,” tambahnya.

Netizen Pertikai Keabsahan Caj Tinggi

Namun begitu, ramai pengguna media sosial mempersoalkan sama ada tindakan menaikkan caj servis ini dibenarkan oleh pihak berkuasa, terutamanya semasa musim perayaan.

FMT telah cuba menghubungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu ini, tetapi belum menerima sebarang maklum balas setakat ini.

Pilihan Di Tangan Anda

Apa pandangan anda? Adakah kenaikan caj servis ini sesuatu yang wajar untuk menghargai pekerja, atau ia hanya strategi licik untuk mengaut keuntungan lebih? Kongsi pendapat anda di ruangan komen!

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai sambutan CNY di Sarawak:

Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Sarawak 2025 Diadakan 29 Januari Ini
SMK Sungai Maong Sambut Tahun Baru Cina Dengan Belon Gantikan Mercun Tarik Perhatian Ramai
SUMBER :FMT
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Sarawak 2025 Diadakan 29 Januari Ini
Next Article Mahu Ikut Jejak Sarawak, Johor Cadang Perkasa Industri Lada Hitam Tempatan Mahu Ikut Jejak Sarawak, Johor Cadang Perkasa Industri Lada Hitam Tempatan

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?