• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

SMK Sungai Maong Sambut Tahun Baru Cina Dengan Belon Gantikan Mercun Tarik Perhatian Ramai

Oleh
Nazihah AN
20 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
SMK Sungai Maong Rai Tahun Baru Cina Dengan Belon Gantikan Mercun Tarik Perhatian Ramai

Kreatif sungguh cikgu-cikgu di SK Sungai Maong ni😍🧨

SMK Sungai Maong Sambut Tahun Baru Cina Dengan Belon Gantikan Mercun Tarik Perhatian Ramai. Kreativiti rakyat Malaysia dalam meraikan pelbagai perayaan memang tidak pernah gagal memukau. Baru-baru ini, sebuah sekolah di Kuching, Sarawak, mencuri perhatian ramai dengan pendekatan unik dan mesra alam sempena sambutan Tahun Baru Cina.

SK Sungai Maong mencipta sejarah kecil apabila mereka menggantikan mercun tradisional dengan belon dalam sambutan yang telah menjadi tular di media sosial. Video pendek yang dimuat naik ke laman Facebook sekolah tersebut telah mencatatkan lebih daripada 3.2 juta tontonan setakat ini!

SMK Sungai Maong Sambut Tahun Baru Cina Dengan Belon Gantikan Mercun Tarik Perhatian Ramai

Belon + Kreativiti = Sambutan Penuh Gaya

Dalam klip sepanjang 18 saat itu, belon-belon dilihat disusun rapi dan dipasang di tingkat dua sekolah. Para guru di bawah kemudian menarik tali yang diikat pada tiang tinggi, yang dihias dengan kepala ular lengkap dengan lidah kecil, memberi sentuhan khas sempena Tahun Ular dalam kalendar Cina.

Apabila tali ditarik, belon mula meletup satu persatu, menghasilkan bunyi yang menyerupai mercun tradisional. Suasana bertukar meriah apabila letupan belon tersebut disambut dengan sorakan gemuruh pelajar dan guru!

Sentuhan Tahun Ular

Hiasan kepala ular tersebut mencuri tumpuan dengan rekaan yang cukup simbolik, sekaligus menghidupkan semangat Tahun Baru Cina. Tidak hanya unik, pendekatan ini juga mesra alam, menggantikan mercun yang biasa menghasilkan sisa dan pencemaran bunyi.

Baca juga cerita menarik di bawah:

Penghias Terbaru Di Padungan, Patung Naga Gergasi Diiktiraf Dalam Malaysia Book of Records
Tak Dibenarkan Sapu Rumah, Ini 5 Pantang Larang Tentang Tahun Baru Cina Yang Mungkin Anda Tak Tahu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jackpot Tertinggi Di Malaysia, Empat Pemenang Jadi Jutawan Sekelip Mata Peroleh RM121 Juta Jackpot Tertinggi Di Malaysia, Empat Pemenang Jadi Jutawan Sekelip Mata Peroleh RM121 Juta
Next Article Projek RM16 Juta Replika Kubu Rentap Bakal Dibina Mula Tahun Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?