• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Canning Dimsum, Port Layan Lebih 20 Jenis Dimsum Halal Di Miri

Oleh
Ismail NA
17 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Dimsum halal dari Ipoh sudah mari Miri maa!

Canning Dimsum, Port Layan Lebih 20 Jenis Dimsum Halal Di Miri. Sebut pasal dimsum, memang ramai yang suka dengan hidangan yang satu ini. Dihidang dalam pelbagai bentuk, perisa dan warna, mencari dimsum yang halal adalah sesuatu yang sedikit sukar bagi golongan Muslim yang menyukai hidangan tradisi kaum Cina ini. Dalam artikel kali ini, kami ingin memperkenalkan kepada anda sebuah restoran dimsum yang halal di Bandaraya Miri iaitu Canning Dimsum.

Canning Dimsum ini terletak di Menawan Restaurant, Imperial Palace Hotel Miri (Ground floor). Dibuka seawal 7 pagi hingga 4 petang, ini menjadikan lokasi ini sesuai untuk anda bersarapan pagi, makan tengah hari mahu pun minum petang.

Canning Dimsum, Port Layan Lebih 20 Jenis Dimsum Halal Di Miri
Canning Dimsum, Port Layan Lebih 20 Jenis Dimsum Halal Di Miri. Sumber: FB Canning Dim Sum – Miri, Sarawak

Kedai dimsum yang berasal dari Ipoh, Perak ini memiliki lebih daripada 20 jenis dimsum, dumpling, pai, pau dan macam-macam lagi menu tradisional Cina yang halal. Menu utama seperti Nasi Pulut Ayam (Chicken Glutinuous Rice) dan Fried Radish Cake juga boleh ditawarkan di sini.

Canning Dimsum, Port Layan Lebih 20 Jenis Dimsum Halal Di Miri
Kredit: FB Miri OppaSharing
Canning Dimsum, Port Layan Lebih 20 Jenis Dimsum Halal Di Miri
Sumber: FB Canning Dim Sum – Miri, Sarawak

Guna pewarna semulajadi dari bunga telang, lada benggala dan bayam

Menariknya, hidangan dimsum di Canning Dimsum ini dihidangkan dalam pelbagai warna dan bentuk tetapi tetap menggunakan pewarna semulajadi yang diekstrak daripada bahan makanan sendiri seperti bayam, bunga telang, dan lada benggala.

Penggunaan bahan pewarna semulajadi dalam hidangan dimsum Canning ini juga membolehkannya menerima anugerah Malaysia Books of Record.

Canning Dimsum, Port Layan Lebih 20 Jenis Dimsum Halal Di Miri
Sumber: FB Canning Dim Sum – Miri, Sarawak

Harganya juga agak berpatutan di mana untuk satu hidangan dimsum, anda boleh menikmatinya dengan harga serendah RM 6.20 sahaja!

View this post on Instagram

A post shared by Canning Dim Sum – Miri, Sarawak (@canningdimsum_myy)

Untuk menikmati dimsum ini, anda tidak perlu membuat tempahan kerana anda harus walk-in sendiri ke sini. Canning Dimsum dibuka setiap hari kecuali Rabu. Jadi, bagi anda yang sedang berada di Miri atau berhajat untuk ke Miri, jangan lupa untuk singgah sini tau!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengikuti Canning Dimsum di media sosial mereka di Instagram (@canningdimsum_myy) atau Facebook (Canning Dim Sum – Miri, Sarawak).

Selain di Miri, anda juga boleh mencuba Canning Dimsum ini di cawangannya di Kuching: Nikmati Keenakan Dim Sum Premium & Halal Di Imperial Garden Restaurant, Kuching

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Sejarah Ringkas Piala Borneo, Liga Kebanggaan Rakyat Borneo Suatu Ketika Dahulu
Next Article Seorang Wanita Dari China Ditahan, Berpura-Pura Jadi Lelaki Dalam Media Sosial Untuk Menipu Kawannya Sendiri Seorang Wanita Dari China Ditahan, Berpura-Pura Jadi Lelaki Dalam Media Sosial Untuk Menipu Kawannya Sendiri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?