I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Seorang Wanita Dari China Ditahan, Berpura-Pura Jadi Lelaki Dalam Media Sosial Untuk Menipu Kawannya Sendiri
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Seorang Wanita Dari China Ditahan, Berpura-Pura Jadi Lelaki Dalam Media Sosial Untuk Menipu Kawannya Sendiri

Oleh Kedung BK 17 Disember 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Seorang Wanita Dari China Ditahan, Berpura-Pura Jadi Lelaki Dalam Media Sosial Untuk Menipu Kawannya Sendiri

Wanita terbabit berpura-pura menjadi lelaki agar rakannya menghantar wang kepadanya

Seorang Wanita Dari China Ditahan, Berpura-Pura Jadi Lelaki Dalam Media Sosial Untuk Menipu Kawannya Sendiri. Dilaporkan seorang wanita dari China telah ditahan polis apabila didakwa berpura-pura menjadi lelaki di media sosial untuk menipu rakannya.

Difahamkan, wanita terbabit menyamar sebagai teman lelaki rakannya agar rakannya menghantar wang kepadanya dan juga sebagai balasan dendam terhadap apa yang dikatakan ibu mangsa ketika mereka masih kecil.

Seorang Wanita Dari China Ditahan, Berpura-Pura Jadi Lelaki Dalam Media Sosial Untuk Menipu Kawannya Sendiri

Antara kes paling pelik dialami anggota polis Shanghai

Menurut laporan, mangsa, seorang wanita pertengahan umur, telah ditipu selama 12 tahun oleh seseorang yang menyamar sebagai penyampai berita TV terkenal di media sosial dan menipu sekitar 2 juta yuan (~RM1,269,000) dalam tempoh terbabit.

Dalam kes yang dianggap antara paling pelik dialami pihak polis Shanghai itu, penipu tersebut merupakan seorang wanita yang rupa-rupanya rakan baik mangsa. Difahamkan, penipu itu membuat penipuan tersebut sebagai balasan dendam terhadap sesuatu yang dikatakan oleh ibu mangsa ketika mereka berdua masih kecil.

Gambar sekadar hiasan

Bermula kerana gurauan yang dikatakan oleh ibu mangsa

Penipu, yang hanya dikenali sebagai Cik Yu, mengaku bersalah dan memberitahu penyiasat bahawa segala-galanya bermula 12 tahun lalu – di mana dia dan mangsa, yang dikenali sebagai Cik Li, telah berkawan sejak sekian lama. Ia difahamkan ibu bapa mereka juga mengenali antara satu sama lain.

Menurut Cik Yu, ketika mereka masih kecil, ibu Cik Li bergurau memberitahu Cik Yu bahawa dia akan menghadapi masalah untuk mencari suami kerana dia tidak begitu cantik dan keluargannya tidak mempunyai keadaan kewangan yang terlalu baik.

Gambar sekadar hiasan.

Gurauan tersebut turut mengguris hati Cik Yu dan menyebabkan Cik Yu untuk membalas dendam. Sebagai balas dendam, Cik Yu merancang untuk menipu Cik Li untuk jatuh cinta dengan orang yang tidak wujud.

Walaupun gurauan tersebut telah berlaku bertahun-tahun yang lalu, Cik Yu mendekati mangsa dengan menyatakan dia berkawan dengan seorang penyampai berita terkenal yang kebetulan bujang dan sedang mencari isteri yang sesuai. Mangsa, berminat dengan tawaran tersebut, meminta Cik Yu memperkenalkan dia kepada ‘penyampai berita’ tersebut.

Gambar sekadar hiasan.

Mencipta akaun media sosial palsu untuk menyamar sebagai lelaki

Penipu itu mula mencipta akaun media sosial palsu, menyamar sebagai ‘penyampai berita’ tersebut dan mendekati mangsa, berpura-pura menjadi lelaki yang menawan dan berjaya.

Dengan pengetahuan sebelum ini mengenai minat rakannya, penipu itu berjaya membuatkan mangsa jatuh cinta kepadanya.

Gambar sekadar hiasan.

Seperti semua perhubungan dalam talian palsu, penipu terpaksa mencuba pelbagai cara untuk mengekalkannya dalam talian untuk mengelakkan pertemuan dengan mangsa. Walaupun mangsa secara konsisten meminta untuk bertemu dengan ‘dia’, penipu akan memberikan alasan seperti sibuk di tempat kerja, berada di luar negara, sakit atau terlalu penat untuk berjumpa dengannya.

Satu-satunya cara penipu itu berjaya mengekalkan mangsa untuk kekal dalam hubungan itu adalah dengan sentiasa menawan dan menyatakan cintanya, yang berjaya menarik minat mangsa.

Gambar sekadar hiasan.

Penipuan duit pada asalnya bukan sebahagian daripada rancangan tersebut

Menurut Cik Yu, penipuan membabitkan duit pada asalnya bukan sebahagian daripada rancangan tersebut. Namun menjelang tahun 2018, Cik Yu mengalami masalah kewangan dan meminta bantuan kewangan daripada mangsa.

Sebaik sahaja mangsa membuat pembayaran sekali, Cik Yu mula menggunakan persona palsunya untuk kerap meminta duit daripada mangsa.

Meskipun Cik Yu kembali stabil dari segi kewangan, dia terus meminta duit daripada mangsa dengan merayu, berbohong, malah mengancam untuk memutuskan hubungan apabila mangsa kelihatan enggan memberikan duit.

Mangsa juga pernah mengadu kepada Cik Yu bahawa ‘penyampai berita’ tersebut asyik meminta wang daripadanya tetapi Cik Yu berjaya memujuk mangsa untuk sentiasa melakukan apa sahaja untuk cinta dan mendakwa ‘penyampai berita’ itu seorang lelaki yang berbaloi.

Gambar sekadar hiasan.

Rahsia terbongkar apabila mangsa menuntut untuk bertemu muka

Penipuan tersebut dibongkar apabila mangsa telah menghabis semua wang simpanannya dan mula mengumpul hutang.

Apabila mangsa meminta Cik Yu untuk meminta bantuan bagi menghubungi ‘penyampai berita’ itu untuk berjumpa tetapi permintaan tersebut tidak dilayan, mangsa meminta semua wang dikembalikan dan tetap dengan keputusannya walaupun dipujuk Cik Yu.

Cik Yu akhirnya membongkarkan segala-galanya kepada mangsa tentang penipuan tersebut dan ditahan polis selepas mangsa membuat laporan polis.

Jika anda berada dalam hubungan dalam talian, sila berwaspada dengan petunjuk penipuan seperti kekasih anda enggan bertemu secara peribadi atau melakukan panggilan video dan kemudian terus meminta wang. Kemungkinan besar ‘pasangan’ anda itu seorang penipu.

SUMBER : ODDICITY CENTRAL
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Canning Dimsum, Port Layan Lebih 20 Jenis Dimsum Halal Di Miri
Next Article Lain Hos Setiap 4 Tahun, Mengapa 'Hosting' FIFA Mungkin Bukan Idea Terbaik Untuk Sebilangan Negara Lain Hos Setiap 4 Tahun, Mengapa ‘Hosting’ FIFA Mungkin Bukan Idea Terbaik Untuk Sebilangan Negara

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?