I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini Sejarah Ringkas Piala Borneo, Liga Kebanggaan Rakyat Borneo Suatu Ketika Dahulu
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Sejarah Ringkas Piala Borneo, Liga Kebanggaan Rakyat Borneo Suatu Ketika Dahulu

Oleh Nur Afifah 17 Disember 2022
Kongsi
8 Min Bacaan

Menelusuri zaman kegemilangan Piala Borneo, liga yang melahirkan pemain legenda dari Sabah, Sarawak dan Brunei

Ini Sejarah Ringkas Piala Borneo, Liga Kebanggaan Rakyat Borneo Suatu Ketika Dahulu. Pasti ramai yang kurang arif bahawa dahulunya, rantau Borneo ini pernah mengadakan perlawanan liga yang sama meriahnya seperti mana Liga Super atau Liga Perdana di Malaysia. Liga di Borneo ini diberi nama Piala Borneo.

Sejarah Piala Borneo ini boleh dijejaki sejak daripada selepas Perang Dunia Kedua lagi. Namun, pada waktu itu, kejohanan ini digelar “The Borneo Football Championship”. Pada sekitar tahun 1946, kejohanan ini pada asalnya hanya disertai oleh pegawai pemerintahan kolonial British setelah mereka mengambil alih Sabah daripada Syarikat Borneo Utara British (SBUB).

Ini Sejarah Ringkas Piala Borneo, Liga Kebanggaan Rakyat Borneo Suatu Ketika Dahulu
Bendera Borneo Utara daripada tahun 1946 sehingga 1963. Sumber foto: Youtube

The Borneo Football Championship dianjur untuk eratkan hubungan pegawai British sebelum ditukar namanya kepada Piala Borneo

Ia kemudiannya disertai oleh pegawai pemerintahan kolonial British daripada Sabah (Borneo Utara), Sarawak dan Brunei bagi mengeratkan kerjasama dan hubungan antara pegawai memandangkan unit pemerintahan ini diletakkan di bawah satu pentadbiran yang diterajui oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Borneo Utara, Sarawak dan Brunei.

Namun, sekitar tahun 1962, kejohanan ini dinamakan semula sebagai Piala Borneo. Usaha ini diterajui oleh Archie McCorkindale, presiden pertama Persatuan Bola Sepak Amatur Sarawak. Pasukan dari Sarawak, Kuching Wanderers FC dikatakan menjadi perintis kepada kejohanan yang dijenamakan semula ini. Pada masa itu, Sabah dan Sarawak masih berada di bawah pemerintahan kolonial British.

Ini Sejarah Ringkas Piala Borneo, Liga Kebanggaan Rakyat Borneo Suatu Ketika Dahulu
Foto ihsan chedinsphere.blogspot.com.

Liku-liku Piala Borneo

Piala ini disertai oleh pasukan daripada Brunei, Sabah (pada ketika itu dikenali sebagai North Borneo), dan Sarawak. Format liga Piala Borneo ini adalah berdasarkan perlawanan timbal balik. Tiga edisi pertama Piala Borneo dijalankan secara home/away. Perlawanan pada mulanya berdurasi 70 minit, kemudian ditambah kepada 80 minit pada 1963. Pertandingan pertama bermula di Kuching pada Oktober 1960. Pada ketika itu, Sarawak menewaskan Borneo Utara British (7-1) dalam perlawanan di mana pihak yang kalah menjaringkan tiga gol sendiri. Walaupun permulaan ini kelihatan tidak bernasib baik, Borneo Utara (dinamakan semula sebagai Sabah pada September 1963) akhirnya menjadi pasukan paling berjaya dalam sejarah pertandingan.

Trofi Piala Borneo yang asal, bermula tahun 1960 hingga 1969, disediakan oleh Syarikat Borneo. Mereka juga menyediakan trofi kedua (sekitar tahun 1970 hingga 1972). Liga ini sempat ditunda selama 3 tahun (1973-1976) atas sebab-sebab yang tidak direkodkan.

Piala Borneo yang dihidupkan semula pada 1977 berfungsi sebagai zon kelayakan untuk Piala Malaysia 1978 , pertandingan paling berprestij di Malaysia. Ini adalah kemuncak kepentingan Piala Borneo. Liga Piala Borneo yang dihidupkan semula pada tahun 1977 muncul dengan trofi baru yang disediakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei. Pada mulanya pertandingan itu dipanggil “Pertandingan Bola Sepak Antara Wilayah Borneo British,” manakala nama “Piala Borneo” dikhaskan untuk trofi itu sendiri.

Mulai tahun 1979 dan seterusnya, ketiga-tiga Brunei, Sabah, dan Sarawak akhirnya diserap sepenuhnya ke dalam Piala Malaysia, bermain di tempat sendiri dan di tempat lawan menentang negeri-negeri semenanjung dan Singapura. Selepas itu, kepentingan Piala Borneo semakin terhakis apabila pasukan Borneo bertemu antara satu sama lain dalam saingan Piala Malaysia. Sarawak menghantar pasukan remaja pada 1985, manakala edisi 1986 dibatalkan. 

Penyertaan Kalimantan dalam Piala Borneo

Bahagian Indonesia di Borneo iaitu Kalimantan pada mulanya tidak menyertai liga ini atas sebab politik. Tetapi pada selepas tahun 1977, percubaan telah dibuat untuk mengintegrasikan pasukan Indonesia ke dalam liga Piala Borneo ini. Kalimantan telah dijemput untuk edisi 1985 dan 1986. Namun, selepas pembatalan edisi 1986, Kalimantan tidak lagi berminat untuk menghantar pasukannya.

Bagi masyarakat di Borneo, liga ini adalah sebuah liga yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat bolasepak tempatan. Mana tidaknya, tradisi ini menentukan siapakah juara bolasepak setiap tahun yang pada ketika itu begitu kompetitif persaingannya.

Ini Sejarah Ringkas Piala Borneo, Liga Kebanggaan Rakyat Borneo Suatu Ketika Dahulu
Ini Sejarah Ringkas Piala Borneo, Liga Kebanggaan Rakyat Borneo Suatu Ketika Dahulu. Foto ihsan chedinsphere.blogspot.com.

Sabah rangkul paling banyak Piala Borneo

Untuk edisi yang pertama pada tahun 1962, Sabah atau Borneo Utara menjadi pasukan pertama yang menjulang trofi Piala Borneo. Sabah juga merupakan pasukan paling banyak menjulang trofi Piala Borneo iaitu sebanyak 12 kali daripada 23 kali jumlah keseluruhan piala ini diadakan. Sarawak pula pernah merangkul sebanyak 7 kali, manakala Brunei merangkul 3 kali.

Ini Sejarah Ringkas Piala Borneo, Liga Kebanggaan Rakyat Borneo Suatu Ketika Dahulu
Pasukan Borneo Utara yang merangkul Piala Borneo edisi pertama pada tahun 1962. Sumber: Wikimedia

Pasukan bola sepak Sarawak dan Brunei dijemput oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk bersaing dalam saingan Piala Burnley, yang kini dikenali sebagai Piala Presiden. Pada tahun 1974, pasukan Sarawak melakukan ‘debut’ nya di Piala Malaysia, diikuti pasukan Sabah pada tahun 1977 manakala pasukan Brunei mengiringi jejak Sabah dan Sarawak pada tahun 1979.

Ini Sejarah Ringkas Piala Borneo, Liga Kebanggaan Rakyat Borneo Suatu Ketika Dahulu
Keratan akhbar tentang pasukan Sarawak dan Brunei. Foto ihsan chedinsphere.blogspot.com.

Pemansuhan Piala Borneo pada tahun 1989

Sayangnya, Piala Borneo ini dimansuhkan pada tahun 1989 akibat kegagalannya mencapai kata sepakat dengan FAM untuk menyertai Liga Semi Pro. Brunei menjadi pasukan terakhir yang merangkul Piala Borneo pada edisi tahun 1988. Setelah pembubaran Piala Borneo ini, pasukan bolasepak Sabah dan Sarawak menyertai Liga Malaysia, dan sehingga kini di Liga Super, Perdana dan M3.

Meskipun terdapat usaha daripada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) menerusi Pengarah Teknikalnya, Scott Ollerenshaw untuk menghidupkan semula Piala Borneo ini, namun pelaksanaannya hanya tertumpu kepada pasukan remaja sahaja. Kegagalan untuk menghidupkan liga ini di peringkat pemain matang adalah disebabkan ketiadaan penaja. Bukan itu sahaja, jadual pemain pasukan Brunei yang padat kerana pertembungan jadual dengan Liga Singapura yang mereka sertai juga membantutkan usaha murni ini.

Piala Borneo berjaya lahirkan pemain bola sepak legenda dari Sabah, Sarawak dan Brunei

Namun demikian, jasa Piala Borneo ini sememangnya telah berhasil mengasah bakat pemain dari Borneo sehingga melonjakkan nama mereka ke peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Contohnya, pemain dari Sabah yang berjaya menggentarkan pasukan lawan pada zaman lewat 70-an dan awal 80-an adalah seperti James Wong, Hassan Sani dan mendiang Peter Rajah, Razali Zinin, Awang Sabtu, Karti Tukimin, Henry Anjun, Teo Boon Hock, Vincent Wong, dan Alinjiran Nulantan.

Ini Sejarah Ringkas Piala Borneo, Liga Kebanggaan Rakyat Borneo Suatu Ketika Dahulu
Hassan “Lipas Kudung” Sani. Foto ihsan joenamsid.blogspot.com.

Nama-nama besar yang lahir dari pasukan Ngap Sayot pula adalah seperti Pangiran Bala, Awang Mahyan, Kassim Taha, James Yaakub, Sulaiman Stapok, Abdul Jalil Ramli, Zapri Manai, Latif Lamin, Terrance Janting, Luis Jakai, Herman Bulang dan Awang Ali Bema.

Pemain dari Brunei juga tidak kurang hebatnya. Antara pemain hebat yang lahir daripada Piala Borneo ini adalah seperti Pangeran Sallehuddin Pangeran Damit, Mohd Ali Momin, Suni Mat Jerah dan Hassan Damit.

Ini Sejarah Ringkas Piala Borneo, Liga Kebanggaan Rakyat Borneo Suatu Ketika Dahulu
Sumber: Berita Harian

Zaman kegemilangan Piala Borneo ini pastinya dirindui oleh peminat-peminat veteran yang pernah menyaksikan sendiri kehebatan pemain tempatan Borneo mengasah skil mereka di atas padang. Mungkin suatu hari nanti, usaha ini boleh dihidupkan semula bagi melahirkan lebih ramai bakat muda bolasepak yang kuat dan kompetitif, sama ada di rantau Borneo, Malaysia, Asia mahupun dunia.

Baca juga artikel menarik tentang legenda bolasepak Sarawak ini: Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Yang Anda Perlu Tahu

SUMBER : Berita Harian, harimaumalaya.com.my, rsssf.org
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ganggu Lalulintas, Kenderaan Parking 'Merata' Depan Summermall Undang Geram Netizen Ganggu Lalulintas, Kenderaan Parking ‘Merata’ Depan Summermall Undang Geram Netizen
Next Article Canning Dimsum, Port Layan Lebih 20 Jenis Dimsum Halal Di Miri

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?