• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cantik Kejadiannya! Kuali Pun Boleh Buat Bakar Biskut Macam Akak Dari Debak Ini Buat

Oleh
Ismail NA
20 Mei 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Di mana ada ikhtiar, di situ ada jalan.

Cantik Kejadiannya! Kuali Pun Boleh Buat Bakar Biskut Macam Akak Dari Debak Ini Buat. Tinggal beberapa lagi hari umat Islam menyambut perayaan, sekarang mesti tengah sibuk nak buat biskut dan kuih raya kan? Tapi bagi mereka yang tak ada kelengkapan rumah seperti ketuhar, mesti rasa terbantut nak buat kan?

Isi Isi Penting
  • Di mana ada ikhtiar, di situ ada jalan.
  • Inspirasi daripada Facebook
  • Letak dalam kuali, tutup dan bakar dengan api sederhana
  • Apa-apa biskut pun boleh, tak semestinya tart nenas sahaja!
  • Di zaman jimat ekonomi ini, terdapat pelbagai alternatif lain yang boleh kita usahakan untuk mendapatkan hasil biskut atau kek yang sama seperti dimahukan. Salah satunya seperti yang dilakukan oleh wanita ini:

Eh, jangan macam tu. Kalau korang ada dapur dan kuali, dah boleh tau bakar biskut!

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Nurul Parahanis di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, beliau berkongsikan tentang hasil tart nenas yang dibakarnya, hanya dengan menggunakan kuali lama sahaja.

Cantik Kejadiannya! Kuali Pun Boleh Buat Bakar Biskut Macam Akak Dari Debak Ini Buat
Cantik Kejadiannya! Kuali Pun Boleh Buat Bakar Biskut Macam Akak Dari Debak Ini Buat. Sumber foto: FB Nurul Parahanis

Percaya atau tidak, meskipun dibakar di dalam kuali, tart nenas buatan Nurul kelihatan sangat cantik dan menjadi. Memang menyelerakan dan membangkitkan mood nak beraya.

Cantik Kejadiannya! Kuali Pun Boleh Buat Bakar Biskut Macam Akak Dari Debak Ini Buat
Sumber foto: FB Nurul Parahanis
Cantik Kejadiannya! Kuali Pun Boleh Buat Bakar Biskut Macam Akak Dari Debak Ini Buat
Sumber foto: FB Nurul Parahanis

Perkongsiannya di group tersebut telah mendapat lebih 200 shares dan lebih 700 komen.

Inspirasi daripada Facebook

Jelas Nurul ketika dihubungi I Love Borneo, beliau terdorong untuk mencuba teknik membakar biskut seperti ini setelah melihat beberapa perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook. Apatah lagi beliau tidak mempunyai ketuhar di rumah.

Sejak itu, beliau mula mencuba bereksperimen dengan pelbagai resepi biskut yang diperolehnya daripada media sosial itu, termasuklah resepi tart nenas.

Letak dalam kuali, tutup dan bakar dengan api sederhana

Cara membakarnya pula mudah sahaja. Hanya perlu susun biskut yang anda telah siap uli di atas loyang atau dulang besi dan letakkan di dalam kuali. Letakkan kuali di atas dapur gas dan bakar dengan api sederhana. Tutup kuali dengan tudung penutup. Biskut akan siap masak dalam masa kira-kira 30 minit.

Selain itu, Nurul memberitahu bahawa satu lagi alternatif yang boleh anda cuba adalah dengan meletakkan pasir di dalam kuali, kemudian barulah anda meletakkan dulang biskut. Ulang langkah yang sama seperti tadi.

Cantik Kejadiannya! Kuali Pun Boleh Buat Bakar Biskut Macam Akak Dari Debak Ini Buat
Guna kuali periuk seperti ini pun menjadi, ujar Nurul. Gambar ihsan Nurul Parahanis.

Selain Nurul, kakaknya juga menyediakan biskut raya setiap tahun menggunakan teknik yang sama.

Apa-apa biskut pun boleh, tak semestinya tart nenas sahaja!

Ditanya adakah teknik ini hanya untuk biskut tart nenas, Nurul menjelaskan bahawa anda boleh menggunakan teknik ini untuk membakar apa-apa sahaja jenis biskut. Biskut yang telah berjaya dihasilkan oleh Nurul menggunakan cara ini antaranya adalah seperti biskut semperit dan chocolate chip cookies.

Cantik Kejadiannya! Kuali Pun Boleh Buat Bakar Biskut Macam Akak Dari Debak Ini Buat
Sumber foto: FB Nurul Parahanis
Cantik Kejadiannya! Kuali Pun Boleh Buat Bakar Biskut Macam Akak Dari Debak Ini Buat
Gambar ihsan Nurul Parahanis.
Cantik Kejadiannya! Kuali Pun Boleh Buat Bakar Biskut Macam Akak Dari Debak Ini Buat
Biskut chocolate chip yang dibakar menggunakan kuali. Gambar ihsan Nurul Parahanis.

Memang cantik betul kejadiannya! Nah, siapa yang tak ada ketuhar tu, dah tak ada alasan tak jadi buat kuih raya. Kalau akak ni boleh buat, mengapa tidak anda kan?

Di zaman jimat ekonomi ini, terdapat pelbagai alternatif lain yang boleh kita usahakan untuk mendapatkan hasil biskut atau kek yang sama seperti dimahukan. Salah satunya seperti yang dilakukan oleh wanita ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bagaikan Pembunuh Senyap, Ketahui Cara Guna Soket Palam Sambungan Dengan Betul
Next Article Buat Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen Kongsi Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?