I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Capaian Internet Amat Lemah, Pelajar Di Limbang Belajar Atas Tanah Beralaskan Karung Guni
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Capaian Internet Amat Lemah, Pelajar Di Limbang Belajar Atas Tanah Beralaskan Karung Guni

Husna Hazmi 16 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Mereka terpaksa belajar di atas tanah beralaskan karung guni demi melaksanakan PdPR.

Capaian Internet Amat Lemah, Pelajar Di Limbang Belajar Atas Tanah Beralaskan Karung Guni. Oleh kerana sokongan Internet yang sangat lemah, sekumpulan pelajar dari Kampung Entakong terpaksa mengubah sebahagian jalan tanah menjadi kelas sementara mereka ketika Pengajaran-Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) ini.

Capaian Internet Amat Lemah, Pelajar Di Limbang Belajar Atas Tanah Beralaskan Karung Guni
Capaian Internet Amat Lemah, Pelajar Di Limbang Belajar Atas Tanah Beralaskan Karung Guni. Kredit gambar: Lenneth Xabi

Usaha memperluaskan jaringan Internet di Ulu Medamit Limbang

ADUN Batu Danau, Paulus Gumbang telah meminta agar pihak kerajaan percepatkan usaha memperluaskan jaringan Internet di Ulu Medamit Limbang, setelah selesainya pembinaan menara telekomunikasi pada tahun lalu.

“Terdapat empat menara telekomunikasi di Ulu Medamit yang sudah siap dibina pada pertengahan Disember, tetapi peralatan transmisi masih belum dipasang,” menurut beliau.

Capaian Internet Amat Lemah, Pelajar Di Limbang Belajar Atas Tanah Beralaskan Karung Guni
Kredit gambar: Lenneth Xabi

Kanak-kanak yang belajar di atas jalan tanah

Terdahulu, Lenneth Xabi telah memuat naik di Facebook Komuniti Limbang menunujukkan gambar kanak-kanak yang belajar di atas jalan tanah di Ulu Medamit dengan hanya beralasakan karung guni untuk mereka duduk.

Menurut Lenneth “Kasihan mereka kerana capaian yang tidak menentu di sini. Mereka terpaksa menunggu 30 minit hingga 1 jam untuk internet datang kembali”.

“Capaian yang tidak menentu, sekejap ada sekejap hilang itu, amat membebankan kanak-kanak ini untuk belajar”.

Selain itu, faktor cuaca di mana pada tengah hari ianya boleh menjadi terlalu panas akan membuatkan suasana yang tidak selesa untuk belajar.

Kenneth berharap agar capaian internet di Ulu Mendamit boleh diperbaiki bagi memudahkan pembelajaran kanak-kanak ini.

Capaian Internet Amat Lemah, Pelajar Di Limbang Belajar Atas Tanah Beralaskan Karung Guni

Meraih banyak komen yang menyatakan masalah yang sama

Gambar yang telah dimuat naik di dalam Facebook Komuniti Limbang itu juga meraih banyak komen yang menyatakan masalah yang sama iaitu capaian internet yang sangat lemah di kawasan luar bandar.

Ada juga yang turut mengadu tentang layanan buruk diberikan oleh sebilangan syarikat telekomunikasi kepada mereka.

Di samping itu, Paulus turut berkata bahawa kerajaan pusat harus menerima cadangan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg agar Sarawak dikeluarkan lesen telekomunikasi sendiri untuk mempercepat penyediaan perkhidmatan berkaitan tanpa penundaan lagi.

Pelancaran ‘Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi’

Sebelum ini, dalam ucapan Abang Johari pada bulan April tahun 2021 mengatakan bagi pelancaran ‘Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi’, Kerajaan Sarawak telah mencapai sasarannya untuk memiliki sekurang-kurangnya 1.200 menara telekomunikasi di seluruh negeri sebagai sebahagian daripada peningkatan dan perkembangan yang berterusan berfungsi pada infrastruktur Internet telekomunikasi dan berkelajuan tinggi di negeri ini.

Di bawah Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022, sasaran yang ditetapkan antara Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah untuk Sarawak membina 600 menara, sementara SKMM akan melancarkan 686 menara tambahan dalam jangka masa yang ditetapkan di bawah platform Jaringan Digital Nasional (Jendela).

Lagi di sini:

Husna Hazmi 16 Jun 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Malaysia Bakal Mendapat Sumbangan Vaksin AstraZeneca Daripada Jepun Mulai Julai Ini Malaysia Bakal Dapat Sumbangan Vaksin AstraZeneca Daripada Jepun Mulai Julai Ini
Next Article Akibat Tekanan Perasaan, Lelaki Nekad Terjun Bangunan Di MJC Berjaya Diselamatkan Pihak Bomba

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Isinya Tebal Dan Manis, Ketahui Buah Kristal Yang Terkenal Dengan 3 Rasa
Cerita Borneo

Isinya Tebal Dan Manis, Ketahui Buah Kristal Yang Terkenal Dengan 3 Rasa

10 Ogos 2022
Cerita Borneo

Sejarah Menarik Di Sebalik Pekan Bernama Sarawak Di Negara Kanada

9 Ogos 2022
Tak Tahan Jalan Berlopak Teruk Di Sandakan, Penduduk Tampal Sendiri Tanpa Bantuan Kerajaan
Cerita Borneo

Tak Tahan Jalan Berlopak Teruk Di Sandakan, Penduduk Tampal Sendiri Tanpa Bantuan Kerajaan

9 Ogos 2022
Kantoi Menyorok 85 Paket Minyak Masak 1KG, Sebuah Kedai Runcit Di Lubok Antu Disiasat
Cerita Borneo

Kantoi Menyorok 85 Paket Minyak Masak 1KG, Sebuah Kedai Runcit Di Lubok Antu Disiasat

9 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?