I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Yang Anda Perlu Tahu
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Yang Anda Perlu Tahu

Last updated: 25/07/22 12:18 PM
iloveborneo
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

SPEEDY GONZALES, kelibatnya yang pantas berlari tanpa henti sentiasa menjadi ingatan para pengikut setia kancah bola sepak Liga Malaysia era 90an.

Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Yang Anda Perlu Tahu. Affendi Julaihi, satu nama yang pasti mengingatkan kita kepada kelibat penyerang lincah dari Bumi Kenyalang. Ada laporan akhbar ketika itu yang menyatakan bahawa anak jati Kampung Gita, Kuching ini asalnya adalah atlet pecut, dan pernah mencatat bawah 11 saat untuk jarak 100 meter.

Populariti sukan olahraga ketika itu, terutama dengan perseteruan legenda Watson Nyambek-Azmi Ibrahim, sekadar menaikkan lagi ‘saham’ alumni Sekolah St. Joseph, Kuching ini.

Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Yang Anda Perlu Tahu
Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Yang Anda Perlu Tahu

Pencapaian Affendi Julaihi

Sumbangan terbaik Affendi bersama skuad Ngap Sayot ialah menjaringkan sebanyak 14 gol dalam satu musim.

Dengan usaha keras dan perancangan tersusun Alan Vest, Lucas Kallang dan Allahyarhamh Datuk Haji Taha Arifin, Sarawak FA gah berdiri sebagai antara pasukan yang digeruni ketika itu.

John ‘Kerbau’ Hunter, Panggiran Bala, Ramos dan Ramles Sari, Gilbert Cassidy, Mazelan Wahid Abdul, Jalil Rambli, Ali Sapiee, Zaidil Sakup, Ahmad Fairuz, Nazri Yunos, Shamsurin Abdul Rahman, Dahlan Matusin, David Evans, Billy Bone dan Alistair Edwards antara yang melekat dalam kotak minda kita.

Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Yang Anda Perlu Tahu

Insiden ‘terjerat’ di gawang gol

Juga pernah menabur bakti bersama skuad kebangsaan, antara yang diingati ialah apabila beliau terlanggar gol lawan sehingga tumbang, dalam satu perlawanan bertemu Kemboja. Pada Disember 1995, berlaku satu insiden unik dan lucu sewaktu kejohanan Sukan SEA di Thailand.

Ketika Malaysia telah pun mendahului skuad Kemboja yang serba kekurangan dengan jaringan 9-0. Pada minit ke-83, Affendi merembat bola dengan kencang sambil berlari laju. Bola terkena palang, tatkala Affendi terus berlari tanpa sempat ‘menekan brek’, sehingga tersangkut pada jaring gol. Momentum pecutannya dan berat badannya yang tersangkut pada jaring, menyebabkan tiang gol terjatuh bersama Affendi.

Anuar Abu Bakar yang telah pun menjaringkan hatrik dalam perlawanan itu, dengan penuh yakin melepaskan rembatan padu, sebaik melihat bola yang melantun datang. Namun, gol itu diisyhtiharkan sebagai tidak sah oleh pengadil, kerana tiang gol yang rasmi ‘tidak lagi wujud’ ketika itu.

Para petugas teknikal mengambil masa hampir sejam untuk memasang semula pintu gawang tersebut.

Ketika tahun 1999, selepas 7 musim bersama skuad Bujang Senang, tercetus sedikit kontroversi kerana Affendi dikaitkan dengan beberapa pasukan negeri seperti Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Kedah. Namun, akhirnya beliau memilih untuk menyarung jersi Kelantan FA.

Pernah juga jadi digosipkan oleh media dengan artis

Menjadi trend untuk media mengaitkan ‘kisah cinta’ antara atlet dan selebriti hiburan. Amy Mastura, penyanyi yang lahir menerusi program Asia Bagus yang sangat popular ketika itu, digosipkan bercinta dengan Affendi. Asia Bagus dihoskan oleh dua pengacara yang terkenal, Najib Ali dan Tomoko Kadowaki. Terus, nama Affendi meniti di bibir peminat.

Dikatakan bahawa di Negeri Cik Siti Wan Kembang lah beliau banyak mengikuti pengajian agama, sebelum aktif bersama Jamaah Tabligh tidak berapa lama kemudian.

Kini, beliau dilaporkan telah bergelar pengetua di sebuah sekolah agama, Madrasah Darul Uloom Islamiyyah di Kuching, Sarawak.

Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Yang Anda Perlu Tahu

Baik sebagai penyerang yang laju bak lipas kudung. Mahupun sebagai pendakwah yang tegar dan disenangi, nama seorang Affendi Julaihi akan terus hidup dalam jiwa penyokong Sarawak FA.

Baca juga kisah pemain bola sepak berdarah Sarawak yang menempa nama di luar negara;

iloveborneo 25 Julai 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MAE Alami Gangguan Teknikal, Pelanggan Maybank Disaran Guna Perbankan Web
Next Article Tumbuh Secara Semulajadi, Ketahui Sayur Midin Makanan Hak Milik Mutlak Sarawak

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?