• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cekik Dan Tumbuk Kakak Ipar, Lelaki Di Kuching Dipenjara 6 Bulan

Oleh
Farisha
16 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Sejingkat pada 12 April lalu

Cekik Dan Tumbuk Kakak Ipar, Lelaki Di Kuching Dipenjara 6 Bulan. Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan terhadap kakak iparnya dengan mencekik dan menumbuknya.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan menjatuhkan hukuman itu terhadap suspek selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun dan denda sehingga RM2,000.

Cekik Dan Tumbuk Kakak Ipar, Lelaki Di Kuching Dipenjara 6 Bulan
Cekik Dan Tumbuk Kakak Ipar, Lelaki Di Kuching Dipenjara 6 Bulan

Menurut laporan, lelaki tersebut melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Sejingkat, Jalan Bako di sini kira-kira jam 3 petang pada 12 April 2024.

Lelaki itu mengamuk lalu mencederakan kakak iparnya

Berdasarkan fakta kes, suspek mengamuk dan mengeluarkan bunyi yang kuat apabila mangsa bersemuka dengannya kerana meminta wang daripada ibunya.

Dia kemudian mencekik dan menumbuk bahagian kiri muka mangsa, mengakibatkan mangsa lebam di leher dan kecederaan di muka.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan lelaki tersebut ditahan pada jam 6.48 petang hari sama.

Difahamkan, suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau lain membabitkan jenayah berkaitan dadah.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Gara-Gara Dipaksa Ceraikan Isteri, Menantu Rogol Dan Bunuh Ibu Mertua
Lelaki Rogol Mayat Jiran, Siap Sedekah Harta Mangsa Supaya Roh Tenang
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Cemburu Nekad Bakar Kereta Didakwa Skandal Isteri Di Membakut
Next Article Lelaki Dari Kuching Didenda RM1K Miliki Wang Hasil Penipuan Dalam Akaun Bank Lelaki Dari Kuching Didenda RM1K Miliki Wang Hasil Penipuan Dalam Akaun Bank

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?