• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Cemburu Nekad Bakar Kereta Didakwa Skandal Isteri Di Membakut

Oleh
Ismail NA
16 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kejadian berlaku sebaik sahaja mangsa tiba di rumah

Lelaki Cemburu Nekad Bakar Kereta Didakwa Skandal Isteri Di Membakut. Seorang lelaki yang dibutakan oleh dendam amarah dan cemburu bertindak melampiaskan kemarahannya dengan cara hampir membakar sebuah kereta. Menurut laporan polis, lelaki itu disyaki mempunyai masalah rumah tangga dengan isterinya yang didakwa mempunyai hubungan dengan individu lain.

Dipengaruhi perasaan cemburu, lelaki tersebut menyusup ke kawasan rumah mangsa, yang didakwa merupakan individu yang menjalinkan hubungan dengan isterinya, di Membakut, lalu membuka pintu kereta mangsa yang berjenis Toyota Altis dengan niat untuk membakarnya. Setelah melakukan perbuatan kejinya, lelaki berkenaan dikatakan segera melarikan diri dari lokasi kejadian.

Lelaki Cemburu Nekad Bakar Kereta Didakwa Skandal Isteri Di Membakut
Lelaki Cemburu Nekad Bakar Kereta Didakwa Skandal Isteri Di Membakut. Sumber foto: NSTP/PDRM

Kelakuan mencurigakan lelaki itu disedari dan diperhatikan oleh abang ipar mangsa. Apabila menyemak kereta mangsa, abang ipar mangsa mendapati bahagian dalam kereta sudah terbakar, dengan kerusi pemandu, tali pinggang, stering, dashboard dan lapis bumbung musnah dijilat api.

Menurut Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah, mangsa baru tiba di rumahnya ketika kejadian berlaku. Abang iparnya memberitahu bahawa suspek bertindak masuk ke dalam kawasan rumah menggunakan kereta Perodua Bezza.

“Suspek membuka pintu kereta dan membuang sesuatu ke dalamnya sebelum meninggalkan lokasi dengan tergesa-gesa,” ujarnya.

Mangsa kerugian sebanyak RM 20,000

Akibat perbuatan suspek, mangsa dilaporkan mengalami kerugian yang dianggarkan sebanyak RM20,000. Pihak polis bertindak pantas menahan suspek berusia lingkungan 30 tahun di Sipitang pada petang Sabtu lalu.

Semasa ditemu bual, suspek mengaku membakar dan menyembur kereta mangsa dengan cat hitam kerana cemburu dan dendam terhadap mangsa yang didakwa mempunyai hubungan dengan isterinya.

Suspek direman selama tujuh hari sehingga 21 April bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. – Berita Harian

Lagi isu semasa di Sabah:

Data Kemiskinan Sabah Sudah Lapuk, Ini Penjelasan Ketua Menteri Sabah
Penduduk Dipindahkan, Sabah Tukar Status Pulau Gaya Jadi Tumpuan Pelancong
SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Jadi Tuan Rumah Sambutan Aidilfitri Peringkat Kebangsaan Sabtu Ini Sabah Jadi Tuan Rumah Sambutan Aidilfitri Peringkat Kebangsaan Sabtu Ini
Next Article Cekik Dan Tumbuk Kakak Ipar, Lelaki Di Kuching Dipenjara 6 Bulan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?