• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Dari Kuching Didenda RM1K Miliki Wang Hasil Penipuan Dalam Akaun Bank

Oleh
Aina Musa
16 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Dari Kuching Didenda RM1K Miliki Wang Hasil Penipuan Dalam Akaun Bank

Miliki wang hasil penipuan berjumlah RM620

Lelaki Dari Kuching Didenda RM1K Miliki Wang Hasil Penipuan Dalam Akaun. Seorang lelaki telah didenda RM1,000 atau dipenjarakan selama sebulan oleh Mahkamah Majistret Kuching hari ini kerana memiliki wang hasil penipuan berjumlah RM620 di dalam akaun banknya.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Reyneveld Leon Ajis, 30 tahun, selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan di bawah Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958. Kesalahan tersebut boleh dihukum dengan penjara tiga bulan atau denda RM500.

Lelaki Dari Kuching Didenda RM1K Miliki Wang Hasil Penipuan Dalam Akaun Bank. Sumber: The Borneo Post

Menurut pertuduhan, lelaki tersebut didakwa melakukan kesalahan pada 9 Mac 2023, kira-kira jam 7.01 malam, di sebuah rumah di Jalan Matang di sini.

Berdasarkan fakta kes, pemilik wang tersebut telah membuat transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke dalam akaun bank atas nama Reyneveld untuk urusan mendapatkan lesen Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Namun, setelah membuat pembayaran, pemilik wang menghubungi Reyneveld untuk menanyakan tentang lesen DOSH tersebut tetapi Reyneveld memberikan pelbagai alasan yang menyebabkan pemilik wang tidak berpuas hati dan membuat laporan polis.

Reyneveld ditangkap pada 15 April 2024, sekitar jam 10.15 pagi, dan siasatan mendapati dia mengaku akaun bank yang digunakan untuk transaksi pemindahan wang tersebut adalah miliknya.

Oleh itu, dia didapati melakukan perbuatan mendapatkan harta secara tidak sah, dan gagal memberikan penjelasan munasabah mengenai cara dia mendapatkan wang tersebut di dalam akaun banknya.

Reyneveld tidak diwakili oleh peguam manakala pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim.

Baca lagi artikel menarik:

Cekik Dan Tumbuk Kakak Ipar, Lelaki Di Kuching Dipenjara 6 Bulan
Lelaki Cemburu Nekad Bakar Kereta Didakwa Skandal Isteri Di Membakut
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cekik Dan Tumbuk Kakak Ipar, Lelaki Di Kuching Dipenjara 6 Bulan
Next Article Saman Musim Raya Di Sarawak Meningkat 5 Kali Ganda Tahun Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?