fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Benarkah Makanan Eksotik Borneo, Ulat Mulong Haram Dimakan?

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
25 September 2020
Benarkah Makanan Eksotik Borneo, Ulat Mulong Haram Dimakan?
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Siapa pernah makan ulat mulong, angkat tangan!

Benarkah Makanan Eksotik Borneo, Ulat Mulong Haram Dimakan? Ulat mulong merupakan sejenis ulat yang kebiasaannya dijumpai dalam batang kayu balau atau sagu. Berbentuk bulat gempal dengan kepala kecil berwarna perang, ulat ini menjadi hidangan eksotik dan istimewa masyarakat Borneo terutamanya Melanau di Sarawak.

Namun demikian, masih timbul kekeliruan dalam kalangan orang ramai terutamanya umat Muslim tentang status halal ulat mulong sekiranya dimakan.

ADVERTISEMENT

Ulat mulong dikategorikan sebagai ‘jijik fuqaha’ mengikut uruf penduduk setempat di Sarawak

Menerusi Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak, memakan ulat mulong dalam kalangan umat Muslim adalah haram.

Benarkah Makanan Eksotik Borneo, Ulat Mulong Haram Dimakan?
Benarkah Makanan Eksotik Borneo, Ulat Mulong Haram Dimakan?

Ulat mulong diputuskan haram untuk dimakan oleh umat Islam kerana ulat mulong dikategorikan sebagai jijik fuqaha. Kategori jijik fuqaha ini pula merujuk kepada uruf atau pemahaman masyarakat setempat tentang ulat. Di Malaysia atau Sarawak, khususnya, masyarakat menganggap ulat adalah sesuatu yang kotor.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Maka, mengikut hukum fiqah, semua jenis ulat termasuklah ulat mulong tidak boleh dimakan kerana sifatnya yang menjijikkan dalam Islam. Keputusan ini dibuat berdasarkan kajian yang telah dijalankan berpandukan hukum.

ADVERTISEMENT

Penjelasan ini dibuat oleh Mufti Negeri, Datuk Kipli Yassin.

Fatwa ulat mulong telah dikeluarkan sejak tahun 1985 lagi

Malah, fatwa ini sebenarnya telah dikeluarkan oleh Mufti Negeri Sarawak pada tahun 1985 oleh bekas Mufti Negeri, Allahyarham Datuk Abdul Kadir Hassan.

ADVERTISEMENT

Ulat mulong merupakan sejenis lava kumbang yang hidup dalam batang rumbia

Untuk pengetahuan anda, ulat mulong merupakan sejenis lava yang kemudiannya akan bertukar menjadi kumbang. Ulat mulong ini hidup dalam batang pohon rumbia, pokok mulong atau pokok pantu yang reput.

Ulat mulong ini dikenali dengan pelbagai gelaran mengikut kaum di Sarawak. Kaum Melanau memanggilnya dengan gelaran Si’et, kaum Iban pula memanggilnya dengan nama Tinduh manakala ulat mulong digelar sebagai Sikot dalam kalangan masyarakat Bidayuh.

Benarkah Makanan Eksotik Borneo, Ulat Mulong Haram Dimakan?

Menurut individu yang berpengalaman mencari dan memakan ulat mulong ini, ulat mulong yang paling enak kebiasaannya dijumpai dalam tunggul batang kayu rumbia. Ini kerana kandungan karbohidrat yang lebih tinggi dan dekstrosa yang lebih tinggi dalam pohon rumbia yang telah matang.

Pokok yang telah ditebang ini akan dibiarkan separa reput bagi membolehkan induk kumbang bersarang dan membiak pada seluruh isi batang rumbia sehingga melahirkan ulat atau beluncas putih kekuningan yang montok.

Biasa dimakan secara mentah bersama garam atau biji sagu.

Ulat mulong ini juga kebiasaannya dimasak dengan pelbagai cara seperti digoreng, di salai atau pun dibuat lauk seperti masak kicap bercili. Masyarakat Melanau pula gemar memakannya secara mentah bersama garam atau biji sagu.

Benarkah Makanan Eksotik Borneo, Ulat Mulong Haram Dimakan?

Sayang pula sebab tak dapat nak makan kan? Siapa yang pernah rasa sebelum ini, mungkin boleh komen macam mana rasanya.

Lagi artikel lain yang menarik :

Share84Tweet53SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy