I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Gaji Menteri Sabah Dinaikkan Di Kala Negara Sedang Mengalami Inflasi
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gaji Menteri Sabah Dinaikkan Di Kala Negara Sedang Mengalami Inflasi

Oleh Nur Afifah 20 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Gaji Ketua Menteri dan ADUN di Sabah lulus untuk dinaikkan.

Gaji Menteri Sabah Dinaikkan Di Kala Negara Sedang Mengalami Inflasi. Melalui Persidang Dewan Undangan Negeri Sabah kelmarin, majoriti ahli Dewan bersetuju agar gaji mereka dinaikkan.

Usul untuk Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022 itu telah dicadangkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Gaji Menteri Sabah Dinaikkan Di Kala Negara Sedang Mengalami Inflasi
Gaji Menteri Sabah Dinaikkan Di Kala Negara Sedang Mengalami Inflasi. Kredit foto: Arkib NSTP

Kenaikan gaji menteri sebanyak 40%

Kelulusan usul tersebut menyaksikan kesemua yang terlibat dinaikkan gaji sebanyak 40%. Ketua Menteri Sabah bakal menerima kenaikan gaji daripada RM23,595 sebulan dinaikkan kepada RM33,033.

Senarai penuh kenaikan gaji mereka adalah seperti berikut;

  1. Ketua Menteri Sabah (RM23,595 kepada RM 33,033)
  2. Timbalan Ketua Menteri (RM20,872.50 kepada RM29,221.50)
  3. Menteri (RM16,335 kepada RM22,869)
  4. Speaker DUN (RM16,335 kepada RM22,869)
  5. Pembantu Menteri (RM12,705 kepada RM17,787)
  6. Timbalan Speaker (RM12,705 kepada RM17,787)
  7. ADUN (RM7,950 kepada RM11,130)
  8. Setiausaha Politik (RM5,445 kepada RM7,623)

Tidak terlalu berat, gaji akan ‘pulang’ semula kepada rakyat

Dalam perbahasan usul tersebut juga, Datuk Dr Yusof Yacob (BN-Sindumin) memberitahu bahawa kenaikan gaji menteri itu perlu selaras dengan kenaikan pendapatan rakyat Sabah. Untuk itu, syarikat terutamanya berkaitan kerajaan negeri perlu bekerja lebih keras untuk meningkatkan pendapatan dan menarik tumpuan pelabur.

Kita sebagai wakil rakyat ini bagai sebuah ATM (mesin juruwang automatik) untuk rakyat dapatkan bantuan, saya sendiri macam-macam daripada bapa tinggal jauh lawat anak di hospital pun minta bantuan wang, jadi kenaikan ini sebenarnya kita salurkan balik kepada rakyat,”

Datuk Dr Yusof Yacob (BN-Sindumin)
Gaji Menteri Sabah Dinaikkan Di Kala Negara Sedang Mengalami Inflasi
Datuk Dr Yusof Yacob (BN-Sindumin)

Ketua Menteri Sabah pula memberitahu bahawa langkah kenaikan saraan itu tidak terlalu berat, sebaliknya hanya memakan jumlah RM5.6 juta setahun. Tambahnya, kenaikan ini telah dikaji oleh jawatankuasa yang diketuai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai.

Kenaikan gaji itu juga diharap oleh Hajiji mampu meringankan beban yang ditanggung wakil rakyat serta anggota pentadbiran kerajaan untuk memberi bantuan kepada rakyat.

Elaun juga dinaikkan

Dalam sidang yang sama, pindaan Usul Rang Undang-Undang Peruntukan Diraja (Pindaan) 2022 turut meluluskan kenaikan Saraan Peribadi, Elaun Keraian dan Elaun Wilayah untuk Yang Dipertua Negeri Sabah.

Usul yang dipersetujui dengan suara terbanyak terbabit menaikkan Elaun Saraan Peribadi daripada RM215,280 setahun kepada RM301,392; Elaun Keraian RM152,490 dinaikkan kepada RM213,486; dan Elaun Wilayah RM44,850 kepada RM62,790.

Hmm, senyumlah YB-YB kita kan. Gaji rakyat ni bila nak naik banyak macam tu ya? Yang naik, harga barang saja lah.

Sabah juga bersetuju untuk mengikut jejak langkah Sarawak menggunakan istilah ‘wilayah’ berbanding ‘negeri’:

SUMBER : BHarian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Thailand Luluskan Hukuman Pemandulan Kimia Untuk Pesalah Seks
Next Article Benarkah Makanan Eksotik Borneo, Ulat Mulong Haram Dimakan?

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?