• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Resepi Daging Masak Hitam Sarawak, Menu Istimewa Di Pagi Hari Raya

Oleh
Ismail NA
10 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Hidangan istimewa yang pasti menyelerakan anda

Ini Resepi Daging Masak Hitam Ala Sarawak, Menu Istimewa Di Pagi Hari Raya. Juadah istimewa ini bukanlah sesuatu yang asing di Sarawak.

Kebiasaannya daging masak hitam ala Sarawak ini dihidangkan ketika majlis dan acara istimewa seperti ‘pengilan’ dan juga sebagainya. Juadah ini juga selalunya dihidangkan ketika sambutan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Ini Resepi Daging Masak Hitam Sarawak, Menu Istimewa Di Pagi Hari Raya
Ini Resepi Daging Masak Hitam Ala Sarawak, Menu Istimewa Di Pagi Hari Raya

Apa bezanya dengan daging masak kicap biasa?

Daging masak hitam ala Sarawak ini lebih kurang masakan kicap daging di semenanjung cuma dalam masakan ini ditambah kerisik, kismis hitam, gula apong dan lainnya.

Semestinya rasanya menjadi lebih unik dan istimewa sedikit apabila ditambah bahan-bahan ini.

RESEPI DAGING MASAK HITAM SARAWAK

Bahan-bahan perap:

  • 500 gram daging – hiris
  • 2 sudu besar kicap pekat karamel
  • 3 sudu besar gula apong (boleh kurangkan)

Bahan-bahan kisar:

  • 3 batang serai sedikit lengkuas
  • 1 biji bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 15 tangkai lada kering
  • 1/3 cawan prune@kismis hitam

Bahan-bahan tumis:

  • Rempah tumis 4 sekawan – banyak ikut suka
  • 5 biji bawang merah – dimayang
  • 1-2 sudu besar rempah kurma
  • 2 sudu besar kerisik
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa

Cara-Caranya

  1. Gaul daging bersama kicap pekat dan gula apong secara merata hingga sebati. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis 4 sekawan dan bawang yang dimayang. Bila bawang sudah agak garing (jangan sampai hangus) masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sebati.
  3. Masukkan rempah kurma dan kacau lagi. Biarkan hingga pecah minyak dan naik bau.
  4. Masukkan sedikit air asam dan kacau lagi.
  5. Masukkan daging yang diperap tadi dan kacau sebati. Kalau daging sukar empuk tambahkan sedikit air, tutup kuali dan reneh dengan api kecil. Kacau sekali sekala supaya tidak hangus.
  6. Masukkan kismis hitam@ prune yang telah dikisar ke dalamnya. Kacau lagi biar mesra.
  7. Masukkan kerisik dan gaul sebati. Rasakan masinnya. Masak hingga kuah pekat dan daging benar-benar empuk

Anda boleh tonton juga video di bawah :

Jom baca resepi resepi lain yang menarik :

https://www.iloveborneo.my/resepi-mudah-kuih-takir-berlemak-tradisi-sarawak-hanya-guna-5-bahan-sahaja/
Resepi Kuih Bongkol, Kuih Tradisi Yang Popular Semasa Bulan Ramadan Di Sarawak
Ini Resepi Daging Masak Hitam Sarawak, Menu Istimewa Di Pagi Hari Raya

Ini Resepi Daging Masak Hitam Sarawak, Menu Istimewa Di Pagi Hari Raya. Juadah ini pasti membuka selera pagi hari raya anda

Cuisine: Malay

Recipe Yield: 5 servings

Preparation Time: PT1H30M

Cooking Time: PT1H30M

Total Time: PT1H60M

Recipe Ingredients:

  • 500 gram daging – hiris
  • 2 sudu besar kicap pekat karamel
  • 3 sudu besar gula apong (boleh kurangkan)
  • 3 sudu besar gula apong (boleh kurangkan)
  • 1 biji bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 15 tangkai lada kering
  • 1/3 cawan prune@kismis hitam Bahan-bahan tumis:
  • Rempah tumis 4 sekawan – banyak ikut suka
  • 5 biji bawang merah – dimayang
  • 1-2 sudu besar rempah kurma
  • 2 sudu besar kerisik
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa

Recipe Instructions: Cara-Caranya Gaul daging bersama kicap pekat dan gula apong secara merata hingga sebati. Perap seketika. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis 4 sekawan dan bawang yang dimayang. Bila bawang sudah agak garing (jangan sampai hangus) masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sebati. Masukkan rempah kurma dan kacau lagi. Biarkan hingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan sedikit air asam dan kacau lagi. Masukkan daging yang diperap tadi dan kacau sebati. Kalau daging sukar empuk tambahkan sedikit air, tutup kuali dan reneh dengan api kecil. Kacau sekali sekala supaya tidak hangus. Masukkan kismis hitam@ prune yang telah dikisar ke dalamnya. Kacau lagi biar mesra. Masukkan kerisik dan gaul sebati. Rasakan masinnya. Masak hingga kuah pekat dan daging benar-benar empuk

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah 4 Fakta Menarik Tentang MyKad Anda Mungkin Tak Tahu Ini Adalah 4 Fakta Menarik Tentang MyKad Anda Mungkin Tak Tahu
Next Article Ini Kisah Mengapa Umat Muslim Menyembelih Haiwan Pada Hari Raya Aidil Adha

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?