• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ceroboh Privasi, Lelaki Dipenjara Kerana Merakam 3 Wanita Mandi Di Sabah

Oleh
Farisha
14 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Buruh Indonesia dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan merakam wanita mandi

Ceroboh Privasi, Lelaki Dipenjara Kerana Merakam 3 Wanita Mandi Di Sabah. Seorang buruh dari Indonesia telah dipenjarakan selama 54 bulan pada hari Khamis atas tiga pertuduhan mencabul kehormatan tiga wanita dengan merakam mereka secara rahsia di dalam bilik mandi menggunakan telefon bimbit.

Herman, 45 tahun, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas kesalahan yang dilakukan terhadap tiga wanita tersebut, menceroboh privasi mereka di dalam bilik mandi sebuah unit yang disewa di Blok A, Kompleks Sinsuran.

Ceroboh Privasi, Lelaki Dipenjara Kerana Merakam 3 Wanita Mandi Di Sabah
Ceroboh Privasi, Lelaki Dipenjara Kerana Merakam 3 Wanita Mandi Di Sabah

Menurut laporan, kesalahan itu berlaku pada 6 Jun pada jam 8.04 petang, 7 Jun pada jam 10.09 malam dan 11 Jun pada jam 8.24 malam. Difahamkan, Herman akan dipenjarakan selama 18 bulan bagi setiap tuduhan.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Menurut pihak pendakwaan, Herman ditahan polis berikutan laporan salah seorang suami mangsa yang dimaklumkan isterinya bahawa seorang penyewa telah merakam penyewa wanita mandi di bilik air.

Pengadu bersemuka dengan Herman, menyemak telefon bimbitnya, dan mendapati rakaman penyewa wanita termasuk isterinya sedang mandi. Siasatan polis mendedahkan Herman telah merakam tiga mangsa wanita mandi.

Privasi tergadai, mangsa trauma akibat rakaman sulit di bilik mandi

Mahkamah dimaklumkan bahawa mangsa-mangsa itu trauma dan malu dengan perbuatan Herman. Herman yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan manakala Inspektor Suzie S.K. memohon hukuman berat sebagai pengajaran.

Mahkamah memerintahkan Herman menjalani hukuman penjara secara serentak dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Tular Isu Sorok Kamera Dalam Bekas Pewangi, Ini 3 Cara Untuk Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Hotel
Polis Kesan Lelaki Rakam Video Dalam Tandas Wanita Di Kota Kinabalu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Jalan Yang Bakal Ditutup Di Kuching Sempena Perarakan Gawai Dayak 2024 Ini Jalan Yang Bakal Ditutup Di Kuching Sempena Perarakan Gawai Dayak 2024
Next Article Terkandas Di Jalan Sunyi, Vlogger Dari Taiwan Tersentuh Dengan Sikap Murni Orang Sabah Terkandas Di Jalan Sunyi, Vlogger Dari Taiwan Tersentuh Dengan Sikap Murni Orang Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?