• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

CFOS Gesa Lanjutkan Tempoh Harga Maksimum Tiket Penerbangan Sempena Aidilfitri

Oleh
Farisha
26 Februari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Tempoh penerbangan tiga hari perlu dilanjutkan kepada dua minggu

CFOS Gesa Lanjutkan Tempoh Harga Maksimum Tiket Penerbangan Sempena Aidilfitri. Persatuan pengguna Sabah menggesa supaya tempoh maksimum harga RM599 untuk tiket kelas ekonomi satu arah dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak, dan Labuan, sempena Aidilfitri tahun ini, dilanjutkan kepada dua minggu.

Presiden Consumers Front of Sabah (CFOS), Nordin Thani berpendapat tempoh itu perlu dilanjutkan supaya orang ramai mendapat harga tiket kapal terbang yang munasabah untuk pulang ke kampung halaman masing-masing meraikan Aidilfitri.

CFOS Gesa Lanjutkan Tempoh Harga Maksimum Tiket Penerbangan Sempena Aidilfitri
CFOS Gesa Lanjutkan Tempoh Harga Maksimum Tiket Penerbangan Sempena Aidilfitri. Sumber: Bernama

Tiga hari tidak mencukupi

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa tempoh tiga hari untuk menguatkuasakan harga maksimum tiket kapal terbang ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri tidak mencukupi kerana tidak semua orang boleh bercuti awal dan sesetengah terpaksa bekerja semasa perayaan itu.

“Kami merayu kepada kerajaan supaya mempertimbangkan kaedah ini supaya semua rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan mendapat peluang membeli tiket pada harga berpatutan dan tidak mahal. Selain itu, mereka boleh merancang cuti dan membuat tempahan dalam tempoh tersebut,” jelasnya kepada laporan.

Pada Sabtu (24 Februari), Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan kerajaan menetapkan harga maksimum RM599 untuk tiket kelas ekonomi satu arah dari semenanjung ke Sabah, Sarawak, dan Labuan yang boleh digunakan untuk perjalanan tiga hari sebelum Aidilfitri.

Membantu rakyat pulang ke kampung halaman dengan harga yang berpatutan

Beliau berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan membantu rakyat pulang ke kampung halaman meraikan Aidilfitri pada April ini, dan menurutnya, sebarang kenaikan daripada harga maksimum yang ditetapkan akan ditanggung oleh subsidi kerajaan dalam tempoh tiga hari tersebut.

Loke memberitahu kementerian beliau akan mendapatkan pandangan semua pihak, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), untuk menentukan tarikh tepat Aidilfitri sebelum memuktamadkan pelaksanaan harga maksimum tiket.

Keutamaan kepada penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan untuk pulang kampung

Mengulas lanjut, Nordin berkata pelaksanaan harga maksimum kadar kapal terbang sempena Aidilfitri juga perlu memberi keutamaan kepada penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, kerana dikhuatiri sesetengah pihak akan mengambil kesempatan daripada harga yang ditetapkan untuk bercuti.

Beliau mengatakan pihak operasi penerbangan juga perlu mempertimbangkan menggunakan kapal terbang besar untuk menampung lebih banyak penumpang berulang-alik musim perayaan kali ini.

Tetapkan harga maksimum untuk mengawa kenaikan harga

Pengerusi Cawangan Sabah Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), Kevin Lo Kian Min menyokong langkah kerajaan menetapkan harga maksimum tersebut dan menganggapnya sebagai pendekatan positif untuk mengawal kenaikan harga yang tinggi mendadak menjelang Aidilfitri.

“Langkah ini juga menggambarkan kesungguhan kerajaan untuk melindungi kepentingan dan kesejahteraan rakyat, terutama dalam keadaan ekonomi yang mencabar,” katanya.

Beliau turut menasihati rakyat Sabah di semenanjung supaya merancang perjalanan pulang ke kampung sebaik mungkin, termasuk membeli tiket terlebih dahulu untuk mengelakkan peningkatan harga yang tidak dijangka.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Harga Maksimum RM599 Ditetapkan Bagi Penerbangan Balik Sabah Sarawak Di Hari Raya
AirAsia Kini Tawar Penerbangan Pertama ‘Direct’ Dari Kota Kinabalu Ke Shanghai
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Remy Hii, Anak Sabah Yang Pernah Berganding Dengan Tom Holland Dalam Filem Spiderman
Next Article Abang Jo Jangka Sedia Pendidikan Universiti Percuma Buat Anak Sarawak Menjelang 2026 Pendidikan Percuma Di Sarawak Tidak Mengenal Warna Kulit – Premier

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?