• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Harga Maksimum RM599 Ditetapkan Bagi Penerbangan Balik Sabah Sarawak Di Hari Raya

Oleh
Husna Hazmi
24 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Harga maksimum ini akan ditetapkan tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri

Harga Maksimum RM599 Ditetapkan Bagi Penerbangan Balik Sabah Sarawak Di Hari Raya. Dilaporkan bahawa, kerajaan telah menetapkan harga maksimum penerbangan sehala bagi kelas ekonomi sebanyak RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menurut, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, walaupun ia tidak menyelesaikan keseluruhan masalah, tetapi perkara ini boleh membantu lebih ramai perantau pulang ke kampung masing-masing.

Harga Maksimum RM599 Ditetapkan Bagi Penerbangan Balik Sabah Sarawak Di Hari Raya
Harga Maksimum RM599 Ditetapkan Bagi Penerbangan Balik Sabah Sarawak Di Hari Raya

Dalam Semenanjung kita tak ada harga maksimum sebab di Semenanjung ada pilihan pengangkutan lain seperti bas, kereta api dan sebagainya, sebaliknya bagi Sabah dan Sarawak tidak ada pilihan maka kerajaan menetapkan harga maksimum.

“Apabila kekurangan tiket, harga melambung naik, kita maksimumkan RM599, jadi sebarang kenaikan melebihi harga tersebut akan ditampung melalui subsidi kerajaan untuk tiga hari tersebut,” katanya pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Bangunan Baharu bertingkat Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chun Yin Titi dekat sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban menjelaskan, bagaimanapun pihaknya akan meminta pandangan daripada semua pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memastikan tarikh sebenar Aidilfitri sebelum penetapan harga tiket tersebut dilaksanakan.

Harga Maksimum RM599 Ditetapkan Bagi Penerbangan Balik Sabah Sarawak Di Hari Raya

Selain harga maksimum yang sudah ditetapkan itu, ada syarikat penerbangan seperti Air Asia yang mengambil inisiatif menetapkan harga tetap tambang lebih murah namun penerbangan hanya pada waktu malam sahaja.

“Ia akan dilancarkan pada awal Mac ini,” ujar beliau.

Dalam masa yang sama, apabila ditanya mengenai terdapat individu yang menyewa helikopter untuk pulang ke kampung pada musim perayaan, beliau berkata, ia belum menjadi norma masyarakat namun perlulah disewa daripada syarikat penerbangan yang sah dan diiktiraf sahaja.

Sebarang bentuk penerbangan di dalam negara ini perlu mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan antaranya kapal terbang atau helikopter perlu didaftarkan.

“Mesti ada hubungan komunikasi dua hala dengan menara kawalan, tidak boleh suka-suka terbang atau mendarat di mana ia suka,” jelasnya.

Lagi info menarik untuk anda di sini:

AirAsia Kini Tawar Penerbangan Pertama ‘Direct’ Dari Kota Kinabalu Ke Shanghai
MAG Tawar Tambang Penerbangan Domestik Dari RM79 Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026
SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Pua Kumbu, Seni Tenunan Tekstil Istimewa Masyarakat Iban
Next Article Mi Kolok Dan Jeruk Tuhau Kini Sudah Diwartakan Jadi Makanan Warisan Kebangsaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?