Tak Perlu Beli Online Lagi, Christy Ng Kini Ada di Sarawak
Christy Ng Buka Cawangan Pertama Sarawak Di Vivacity Megamall Kuching. Buat peminat fesyen di Sarawak, ada berita baik buat anda! Christy Ng, jenama tempatan yang terkenal dengan koleksi beg tangan yang elegan dan berkualiti tinggi, akhirnya akan membuka cawangan pertamanya di negeri ini.
Setelah membuka cawangan nya di Sabah, Christy Ng lebarkan sayap ke Sarawak pula. Lokasi yang dipilih —Vivacity Megamall di Kuching!

Jenama Ikonik dengan Sentuhan Elegan
Christy Ng bukanlah nama asing dalam industri fesyen Malaysia. Dikenali dengan rekaan yang eksklusif, beg tangan jenama ini sering menjadi pilihan ramai, termasuk selebriti dan peminat fesyen. Dengan rekaan timeless, mewah tetapi masih mengekalkan sentuhan minimalis, beg tangan Christy Ng sesuai untuk pelbagai acara, sama ada majlis formal atau kegunaan harian.
Hantaran rasmi dari Vivacity Megamall mengumumkan bahawa kedai Christy Ng akan mula beroperasi pada Mac 2025. Pengumuman ini mendapat perhatian ramai kerana ia menandakan kedatangan jenama fesyen terkenal ini buat pertama kali di Sarawak.
Peminat Fesyen Teruja!
Netizen, terutamanya peminat Christy Ng, tidak mengambil masa lama untuk menyatakan keterujaan mereka di media sosial. Ada yang sudah bersedia untuk mendapatkan koleksi eksklusif dari butik fizikal ini.
Sejak sekian lama, pelanggan dari Sarawak hanya boleh membeli koleksi Christy Ng secara dalam talian. Namun, dengan pembukaan butik ini, mereka kini boleh melihat sendiri kualiti dan rekaan setiap produk secara langsung sebelum membeli.
- Rekaan Eksklusif & Limited Edition – Beg tangan Christy Ng sering mengeluarkan koleksi terhad yang cepat habis!
- Kualiti Premium – Diperbuat daripada material berkualiti tinggi yang tahan lama dan selesa digunakan.
- Sesuai untuk Semua Gaya – Daripada kasual hingga formal, pasti ada sesuatu yang sesuai untuk anda.
Dengan berita pembukaan ini, pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat koleksi yang bakal ditawarkan di butik fizikal pertama Christy Ng di Sarawak. Adakah anda salah seorang yang sudah bersedia untuk shopping? Nantikan lebih banyak maklumat dari Vivacity Megamall!

