Dua Lagi PPS Ditutup di Sarawak, 1,721 Mangsa Masih Berlindung. Dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak telah ditutup setakat tengah hari ini, masing-masing di daerah Bintulu dan Selangau.
Menurut kemas kini yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), PPS yang ditutup ialah Dewan Suarah Bintulu dan Dewan Penghulu Balang Sekuau di Selangau.

Dengan penutupan ini, jumlah mangsa yang masih ditempatkan di 14 PPS yang masih beroperasi di seluruh negeri kini berjumlah 1,721 individu daripada 496 keluarga.
Daripada jumlah tersebut, 200 mangsa yang terkesan akibat kejadian tanah runtuh masih berlindung di PPS di Sibu dan Miri.
Sementara itu, di Sibu, seramai 35 mangsa kebakaran masih ditempatkan di satu PPS yang masih aktif.

