Jenama tempatan, Christy Ng buka kedai ke-12 di Imago Shopping Mall, Sabah
Kembangkan Sayap Ke Borneo, Christy Ng Umum Pembukaan Kedai Pertama Di Sabah. Jenama tempatan yang popular, Christy Ng, telah mengumumkan pembukaan kedai pertamanya di Imago Shopping Mall, Sabah, Malaysia, semalam.
Menurut sumber, kedai ke-12 Christy Ng ini sudah beroperasi secara rasmi pada 27 Jun 2024. Pelanggan di Malaysia Timur kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah beg dan kasut Christy Ng di pusat beli-belah tersebut.

Premis baharu di Sabah ini menampilkan reka bentuk khas jenama tersebut dan susunan barang yang mesra pelanggan, memudahkan pembeli mencari barang yang diinginkan.
Christy Ng teruja buka kedai pertama di Sabah
Menurut CEO jenama tersebut, Christy Ng, amat gembira dapat membuka premis pertama di Sabah dan berharap dapat memberikan pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan oleh pelanggan di sana.
Untuk makluman, Christy Ng mula beroperasi pada tahun 2012 secara dalam talian sahaja dari ruang tamu pengasasnya. Sejak itu, jenama ini telah berkembang menjadi salah satu jenama tempatan yang terkenal, berjaya membuka 12 kedai di seluruh Malaysia.

