• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cikgu Berbangsa Kenyah Kongsi Video Pengalaman PdPR Dengan Anak Murid Buat Orang Ramai Tersentuh

Oleh
Nazihah AN
26 Ogos 2021
Kongsi
5 Min Bacaan
Cikgu Berbangsa Kenyah Kongsi Video Pengalaman PdPR Dengan Anak Murid Buat Orang Ramai Tersentuh

Cikgu ini berasal dari Miri, mengajar di SK Sultan Idris 2, Perak.

Cikgu Berbangsa Kenyah Kongsi Video Pengalaman PdPR Dengan Anak Murid Buat Orang Ramai Tersentuh. Dalam musim wabak COVID-19 ini, negara kita masih belum reda dengan kes COVID yang saban hari makin berlarutan. Sehinggakan sekolah terpaksa tutup dan para pelajar pun terpaksa tangguh untuk turun ke sekolah.

Isi Isi Penting
  • Cikgu ini berasal dari Miri, mengajar di SK Sultan Idris 2, Perak.
  • “Rinduuuu.. -Auni (murid prasekolah SK Sultan Idris 2)
  • “Auni ingat Cikgu…” netizen tersentuh dengar ayat Auni
  • Memang macam-macam keletah mereka bila bersama Cikgu Jina
  • Comel sungguh telatah anak murid Cikgu Jina ni, memang rasa bangga betul bila ada anak murid yang sentiasa ingat dengan cikgunya. Untuk anda, kami sertakan pautan di bawah ini dengan pencapaian cikgu-cikgu anak Sarawak ini, kudos! :

Oleh kerana sekolah ditutup sementara dalam menangani penularan wabak ini, para pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah perlu mengikuti kaedah Pengajaran dan Pemebelajaran di Rumah (PdPR) untuk mengelakkan mereka ketinggalan dalam menuntut ilmu.

Hal ini memang rumit bagi segelintir pelajar yang lebih memilih untuk belajar secara bersemuka berbanding dengan ‘online class‘. Pasti ada yang rindu akan suasana sekeliling di dalam kelas dan guru masing-masing.

Begitulah apa yang dirasakan oleh cikgu yang berasal dari Sarawak, Jina Ulau Jok, yang kongsi video PdPR beliau di laman aplikasi TikTok. Cikgu prasekolah ini berbangsa Kenyah dan berasal dari Miri. Beliau pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Arang, Baram, Sarawak sebelum dipindahkan ke SK Sultan Idris 2, Perak untuk mengajar.

View this post on Instagram

A post shared by Jhiey Na (@jie_naa)

Baru-baru ini melalui perkongsian di aplikasi TikTok, Cikgu Jina memuat naik video tingkah laku comel salah seorang anak muridnya yang meluahkan rasa rindunya untuk menghadiri sesi persekolahan seperti biasa kepada gurunya selepas habis kelas melalui Google Meet.

@jhieyna

Bukan bulan 9 dah nak.. 😭 ##preschool Berabis dia tunggu kawan2 yang lain left.. ada benda dia nak tunjuk sebenarnya.. panjang pulak video.. sejam 😂

♬ Kina Can We Kiss Forever Sape Cover – Alif Fakod

“Rinduuuu.. -Auni (murid prasekolah SK Sultan Idris 2)

“Berabis dia tunggu kawan2 yang lain left.. ada benda dia nak tunjuk sebenarnya.. panjang pulak video.. sejam” 

Menurut Cikgu Jina, anak muridnya yang bernama Auni itu memang bersikap peramah, keletah dan suka bercerita memang sama ketika dia beraada di dalam kelas sebelum ini. Auni menyatakan bahawa dia rindu dengan cikgu Jina dan berasa sedih bahawa tahun depan dia sudah masuk darjah 1 dan tidak dapat berjumpa dengan cikgu Jina lagi.

@jhieyna

Reply to @zintsensei part **Auni ingat cikgu 🥺 ##preschool

♬ Kina Can We Kiss Forever Sape Cover – Alif Fakod

Di video TikTok tersebut, Auni memang bersikap peramah dan suka bercerita dengan cikgunya mengenai aktivitinya. Auni siap tunjuk beg barunya, pensil warna dan macam-macam lagi untuk persiapan masuk darjah 1.

“Auni ingat Cikgu…” netizen tersentuh dengar ayat Auni

Di video tersebut walaupun dengan tiga perkataan sahaja dah boleh buat netizen sangat tersentuh dengan telatah Auni dalam Google Meet tersebut.

Cikgu Berbangsa Kenyah Kongsi Video Pengalaman PdPR Dengan Anak Murid Buat Orang Ramai Tersentuh
Cikgu Berbangsa Kenyah Kongsi Video Pengalaman PdPR Dengan Anak Murid Buat Orang Ramai Tersentuh

Memang macam-macam keletah mereka bila bersama Cikgu Jina

Menurut Cikgu Jina, Auni ialah salah seorang daripada 25 orang anak murid yang diajarnya di SK Sultan Idris 2 Perak. Cikgu Jina juga menyatakan bahawa beliau sempat mengajar secara bersemuka dengan anak muridnya itu selama 2 bulan sebelum sekolah diarahkan tutup untuk sementara waktu.

Selain Auni, Cikgu Jina turut rapat dengan dengan kesemua pelajar perempuan prasekolah yang lain. Memang macam-macam keletah mereka bila bersama cikgu. Lagi -lagi bila musim PdPR ini, memang ada ibu bapa pelajar siap call cikgu kerana anak muridnya itu lebih senang memahami arahan dari cikgunya.

View this post on Instagram

A post shared by Jhiey Na (@jie_naa)

“Ada juga ibu bapa yang mesej, beritahu anak mereka nak ikut saya balik rumah. Macam-macam… lucu dan comel. Kesemua mereka berusia di antara lima dan enam tahun,” tambah cikgu yang berpengalaman mengajar prasekolah lebih lima tahun.

Tidak menyangka bahawa video tersebut masing-masing raih sebanyak 53,000 dan 178,000 jumlah tontonan. Cikgu Jina turut terharu dengan komen-komen positif yang diberikan oleh netizen.

Cikgu Berbangsa Kenyah Kongsi Video Pengalaman PdPR Dengan Anak Murid Buat Orang Ramai Tersentuh
Cikgu Berbangsa Kenyah Kongsi Video Pengalaman PdPR Dengan Anak Murid Buat Orang Ramai Tersentuh

“Terima kasih kepada mereka yang beri komen positif. Apa yang saya harapkan, sebagaimana guru-guru yang lain, mudah-mudahan keadaan makin pulih dan kami dapat mengajar seperti biasa,” Tambah Cikgu Jina.

Comel sungguh telatah anak murid Cikgu Jina ni, memang rasa bangga betul bila ada anak murid yang sentiasa ingat dengan cikgunya. Untuk anda, kami sertakan pautan di bawah ini dengan pencapaian cikgu-cikgu anak Sarawak ini, kudos! :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dos Ketiga ‘Booster’ Tidak Bantu Kawal Penularan Varian Delta – Dr Noor Hisham
Next Article Sertai NASA Space Apps Hackathon, Hackathon 48 Jam Pertama Dianjurkan Sarawak Bersama NASA

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?