• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Sertai NASA Space Apps Hackathon, Hackathon 48 Jam Pertama Dianjurkan Sarawak Bersama NASA

Oleh
Ismail NA
26 Ogos 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Anda minat menyelesaikan masalah? Jum lah join!

Sertai Space Apps Hackathon, Hackathon 48 Jam Pertama Dianjurkan Sarawak Bersama NASA. Yakin ini bukan scam? Ya, kami yakin ini bukan scam kerana Sarawak baru sahaja melancarkan pertandingan hackathon terkini, NASA Space Apps Hackathon. Hackathon ini merupakan hackathon anjuran kerajaan Sarawak di bawah Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR) dengan kerjasama United States National Aeronautics and Space Administration (NASA).

Isi Isi Penting
  • Anda minat menyelesaikan masalah? Jum lah join!
  • Sarawak lokasi bertuah dapat bekerjasama dengan NASA
  • 3 kumpulan terbaik untuk NASA Space Apps Sarawak masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM 20K
  • Pemenang global akan ditawarkan trip ke NASA di Amerika Syarikat
  • Baca juga :

Untuk pengetahuan anda, hackathon ini merupakan sebahagian daripada hackathon antarabangsa yang diterajui oleh NASA dan diadakan secara maya di beberapa bandar utama di seluruh dunia pada 2 hingga 3 Oktober ini. Bukan itu sahaja, 2021 merupakan ulang tahun ke-10 NASA International Space Apps Challenge di peringkat global dengan tema ‘The Power of Ten’.

Sertai NASA Space Apps Hackathon, Hackathon 48 Jam Pertama Dianjurkan Sarawak Bersama NASA

Sarawak lokasi bertuah dapat bekerjasama dengan NASA

Sarawak merupakan antara lokasi yang bertuah untuk menyahut cabaran hackathon terbesar dunia itu tahun ini dengan mengadakan hackathon NASA Space Apps Sarawak. Acara penyelesaian masalah selama 48 jam ini adalah anjuran MESTR Sarawak dengan kerjasama Realfun Learning Centre di peringkat lokal. Space Apps Sarawak membolehkan para peserta dari seluruh Sarawak untuk merealisasikan projek teknologi maklumat dalam skop aplikasi yang meluas.

Hackathon ini terbuka kepada sesiapa sahaja berdasarkan dua kategori iaitu;

  1. Katgeori senior (18 tahun dan ke atas)
  2. Kategori junior (usia 13 hingga 17 tahun)

Dengan matlamat untuk mencipta solusi dalam apa-apa permasalahan dan cabaran di dunia dan ruang angkasa, hackathon ini mengalu-alukan penyertaan daripada ribuan individu pintar daripada pelbagai latar belakang baik pelajar, pekerja bidang professional, ahli teknologi, saintis, pereka, usahawan dan macam-macam lagi.

Sertai NASA Space Apps Hackathon, Hackathon 48 Jam Pertama Dianjurkan Sarawak Bersama NASA
Sertai NASA Space Apps Hackathon, Hackathon 48 Jam Pertama Dianjurkan Sarawak Bersama NASA

Malah, ia juga tidak tertakluk untuk penyertaan daripada pelajar teknikal tetapi sebaliknya terbuka untuk mana-mana pelajar yang mempunyai minat yang mendalam untuk menyelesaikan masalah sebenar di dunia nyata. Para peserta akan menggunakan data terbuka daripada NASA untuk mencipta solusi dan inovasi terbaru untuk penyelesaian masalah sebenar dalam kehidupan manusia mahupun dalam bidang angkasa lepas.

3 kumpulan terbaik untuk NASA Space Apps Sarawak masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM 20K

Untuk pertandingan NASA Space Apps Sarawak, 3 kumpulan terbaik masing-masing akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 20,000. Sebaik sahaja anda mendaftar penyertaan, anda akan menerima cenderahati pek swag, sijil penyertaan, barangan terkumpul serta akses kepada pelbagai bootcamp sebagai persediaan menyertai hacktahon tersebut.

Penyertaan yang berkualiti tinggi dan berpotensi dalam hackathon peringkat lokal Sarawak ini akan dicalonkan ke peringkat global untuk proses penghakiman bagi mencari pemenang secara keseluruhan dari seluruh dunia.

Pemenang global akan ditawarkan trip ke NASA di Amerika Syarikat

Paling menakjubkan, pemenang di peringkat global akan ditawarkan trip tajaan penuh ke Amerika Syarikat untuk melihat sendiri pelancaran kapal angkasa sebaik sahaja perjalanan luar negara kembali dibenarkan.

Sebagai tambahan, Microsoft juga turut menyumbang hadiah lumayan berupa kredit Azure berjumlah USD 500 untuk penyertaan yang dinobatkan Anugerah Best Azure dan setiap ahli kumpulan akan menerima Azure Swag.

Pendaftaran NASA Space Apps Hackathon Sarawak kini telah dibuka sehingga 1 September 2021. Untuk maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan dan pendaftaran, anda boleh melayari laman sesawang NASA Space Apps Hackathon Sarawak dengan menekan butang berikut;

DAFTAR NASA Space Apps Hackathon Sarawak

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cikgu Berbangsa Kenyah Kongsi Video Pengalaman PdPR Dengan Anak Murid Buat Orang Ramai Tersentuh Cikgu Berbangsa Kenyah Kongsi Video Pengalaman PdPR Dengan Anak Murid Buat Orang Ramai Tersentuh
Next Article Nafsu Kalah Binatang, Lelaki Rogol Anak Saudara Darjah 6 Dihukum Penjara 18 Tahun

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?