• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cipta Sejarah Membanggakan, Filem Dayak Ini Diiktiraf Di Peringkat Antarabangsa

Oleh
ILB - AI
21 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Filem indie, Belaban Hidup: Infeksi Zombie memenangi kategori Seram dan Sains Fiksyen bagi genre filem cereka di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021

Cipta Sejarah Membanggakan, Filem Dayak Ini Diiktiraf Di Peringkat Antarabangsa. Bukan biasa biasa, malah Filem Belaban Hidup: Infeksi Zombie memenangi anugerah Filem Feature Terbaik di Karnival Filem Dunia Singapura. Filem Iban ini mengetengahkan jalan cerita yang mengisahkan sekumpulan anak yatim dikurung untuk dijadikan bahan uji kaji oleh seorang saintis gila.

Kejayaan filem terbitan Hornbill Films Sdn Bhd dan Harry Aziz Entertainment Sdn Bhd yang mengisahkan sekumpulan anak yatim dikurung untuk menjadi bahan uji kaji oleh seorang saintis gila diumum menerusi laman sesawang WFC Singapore pada  Khamis (18 Mac).

Cipta Sejarah Membanggakan, Filem Dayak Ini Diiktiraf Di Peringkat Antarabangsa

Lebih istimewa, filem yang mendapat dana dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu menggabungkan elemen seram dan aksi masyarakat Dayak di Sarawak.

Penerbit dan pengarahnya Ray Lee, 45, berkata idea untuk membuat filem itu bermula sejak 2016 melalui kolaborasi dengan penulis skrip Misha Minut yang juga penerbit bersama berasal dari Limbang, Sarawak.

Lebih menarik, katanya, filem itu turut diwarnai dengan gabungan bahasa Iban dan bahasa Melayu selain babak pertempuran.

“Uniknya filem ini kerana ia menerapkan unsur-unsur budaya dan adat orang Dayak selain perlu menggunakan bahasa Iban dalam beberapa dialog,” katanya penerbit berusia 44 tahun.

Selain itu, Ray berkata filem berkenaan turut tercalon di International Symbolic Art Film Festival di Rusia dalam dua kategori iaitu Filem Terbaik dan Filem Seram Terbaik yang akan berlangsung pada 27 Mac ini. 

“Kami juga menanti penuh debaran sama ada bolos untuk penyertaan dan pencalonan dalam filem festival di Amerika Syarikat, United Kingdom, India, New Zealand, Australia, Jepun dan Paris dalam beberapa bulan ini,” katanya. 

Belaban Hidup: Infeksi Zombie menampilkan barisan pelakon  tempatan seperti Pekin Ibrahim, Altimet, Pablo Amirul, Anna Melissa, Cassidy Panggau dan penyanyi Indonesia, Tegar serta pelakon kelahiran Slovakia, Katrina Grey.

Filem yang diedarkan Metrowealth Pictures Sdn Bhd itu dijangka ditayangkan di pawagam tempatan menjelang akhir tahun ini.

Baca lagi pencapaian menarik :
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Perlu Swab Sebelum Masuk, Ini Tatacara Dan Tips Terkini Memasuki Sarawak Yang Anda Perlu Tahu Tak Perlu Swab Sebelum Masuk, Ini Tatacara Dan Tips Terkini Memasuki Sarawak Yang Anda Perlu Tahu
Next Article Remaja 15 Tahun Yang Menjadi Tebusan Militan Abu Sayyaf Berjaya Diselamatkan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?