• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Coca-Cola Malaysia Bantu Pelajar Golongan Kurang Berkemampuan Menerusi Program Back2School

Oleh
Nazihah AN
27 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Coca-Cola Malaysia Bantu Pelajar Golongan Kurang Berkemampuan Menerusi Program Back2School

Program Back2School Menampilkan Komitmen Coca-Cola Terhadap Pemerkasaan Masyarakat Melalui Program Acts of Kindness Coca-Cola Malaysia

Coca-Cola Malaysia Bantu Pelajar Golongan Kurang Berkemampuan Menerusi Program Back2School. Coca-Cola Bottlers Malaysia-Singapura-Brunei meneruskan komitmen memperkasakan komuniti melalui Program Back2School pada 25 Februari 2024. Program ini telah dilancarkan di AEON BiG Wangsa Maju, di mana lebih 200 pelajar dari golongan kurang berkemampuan dibantu untuk membeli kelengkapan bersekolah seperti pakaian seragam, beg sekolah, dan kasut.

Program Back2School yang diterajui oleh Coca-Cola Bottlers Malaysia menyediakan kad hadiah AEON BiG bernilai RM350 kepada setiap penerima. Dijayakan dengan kerjasama bersama Empire Project serta sokongan AEON BiG, program ini menampilkan komitmen Coca-Cola Bottlers Malaysia dalam membina jalinan kerjasama untuk memacu perubahan positif terhadap komuniti tempatan.

Coca-Cola Malaysia Bantu Pelajar Golongan Kurang Berkemampuan Menerusi Program Back2School
Coca-Cola Malaysia Bantu Pelajar Golongan Kurang Berkemampuan Menerusi Program Back2School

“Program Back2School ini mencerminkan komitmen kukuh Coca-Cola Bottlers Malaysia dalam membawa perubahan ketara terhadap kehidupan golongan yang memerlukan,” kata Khairul Anwar Ab. Gahani, Pengarah Perhubungan Awam, Komunikasi dan Kelestarian, Coca-Cola Bottlers Malaysia-Singapura-Brunei.

“Kami percaya bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan berserta kelengkapan sekolah untuk berjaya. Melalui program ini, kami berharap dapat meringankan beban kewangan dihadapi oleh keluarga kurang berkemampuan dalam penyediaan barangan keperluan musim persekolahan yang baru serta menyuntik semangat baru buat para pelajar dalam memulakan sesi pembelajaran di sekolah.”

Coca-Cola Bottlers Malaysia menyumbangkan lebih RM500,000 melalui Program Back2School, dengan sasaran untuk membantu lebih 4,000 orang pelajar daripada komuniti yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia pada 2024. Komitmen itu merangkumi pemberian kad hadiah AEON BiG serta pengagihan barangan keperluan sekolah seperti beg sekolah, pakaian seragam, dan alat tulis kepada komuniti kurang berkemampuan di seluruh negara.

Coca-Cola Malaysia Bantu Pelajar Golongan Kurang Berkemampuan Menerusi Program Back2School

Program ini dijayakan melalui kerjasama dengan Empire Project, Yayasan Ikhlas, Yayasan Bena Nusa, beserta pemegang taruh kerajaan dan NGO lain, yang kesemuanya berkongsi komitmen teguh dengan Coca-Cola Bottlers Malaysia untuk membina jalinan kerjasama dalam memperkasakan komuniti.

Program Back2School adalah salah satu inisiatif Acts of Kindness Coca-Cola Malaysia, yang bermatlamat untuk mewujudkan impak positif di dalam komuniti tempatan. Di bawah program itu, Coca-Cola Bottlers Malaysia berkerjasama dengan pelbagai pemegang taruh dan rakan kongsi menerusi inisiatif penglibatan komuniti seperti pengagihan bantuan makanan, serta bantuan banjir di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan kerjasama komuniti tempatan.

Baca juga artikel berkaitan:

McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Maxim Kembangkan Operasi Ke Tiga Bandar Baru Di Sarawak Maxim Kembangkan Operasi Ke Tiga Bandar Baru Di Sarawak
Next Article Remaja Perempuan Maut, Kepala Terputus Dua Akibat Nahas Motosikal Di Miri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?