• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

COVID-19 Sebenarnya Telah Bermutasi, Saintis Kenal Pasti Virus Punca Wabak Lebih Agresif

Oleh
Ismail NA
5 Mac 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Wabak Tersebut Dilapor Telah Bermutasi Kepada Dua Keturunan

COVID-19 Sebenarnya Telah Bermutasi, Saintis Kenal Pasti Virus Punca Wabak Lebih Agresif. Wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini dikatakan telah bermutasi pada tahap yang lebih agresif. Penemuan ini sudah pasti menyukarkan kerja-kerja menghasilkan vaksin bagi mengekang penularan wabak tersebut.

COVID-19 Sebenarnya Telah Bermutasi, Saintis Kenal Pasti Virus Punca Wabak Lebih Agresif
Kredit : CNBC.com

Menurut penyelidik di Pusat Sains Kehidupan Universiti Peking dan Institut Pasteur dari Shanghai, kajian awal mendapati bahawa COVID-19 ini sebenarnya telah bermutasi kepada dua keturunan iaitu jenis ‘S’ dan jenis ‘L’. Virus tersebut didakwa bermutasi daripada jenis asalnya iaitu jenis ‘S’ kepada jenis ‘L’ setelah menjangkiti manusia. Lebih membimbangkan, analisis genetik yang dilakukan ke atas seorang lelaki yang dijangkiti di Amerika Syarikat mendapati bahawa kedua-dua jenis virus tersebut boleh menjangkiti seseorang individu dalam masa yang sama.

‘S’ Adalah Jenis Asal, Jenis ‘L’ Hasil Mutasi Setelah Memasuki Tubuh Manusia

COVID-19 jenis ‘S’ adalah jenis asal yang lebih ringan dan kurang merebak manakala mutasi terbaharunya, jenis ‘L’ didapati lebih agresif dan merupakan punca kepada 70% kes jangkitan wabak tersebut setakat ini. Apabila virus jenis ‘S’ ini mula-mula menjangkiti manusia, ia tidak dapat beradaptasi dengan baik kerana berada dalam hos yang baru. Oleh itu, ia mengubah strukturnya sehingga menjadi sejenis virus yang baru (jenis ‘L’) yang lebih senang untuk menyesuaikan diri dalam tubuh manusia. Bukan itu sahaja, laman web The Telegraph turut melaporkan bahawa jenis ‘L’ ini lebih mudah merebak berbanding jenis yang sebelumnya.

COVID-19 Sebenarnya Telah Bermutasi, Saintis Kenal Pasti Virus Punca Wabak Lebih Agresif
COVID-19 Sebenarnya Telah Bermutasi, Saintis Kenal Pasti Virus Punca Wabak Lebih Agresif. Kredit : AFP

Menurut pasukan penyelidik itu lagi, virus jenis ‘L’ ini berkait rapat dengan penyebaran wabak COVID-19 berskala besar di Wuhan, China pada akhir Disember 2019. Walau bagaimanapun, kekerapan jangkitan virus yang agresif tersebut berkurang setelah langkah pencegahan yang ketat telah dikuatkuasa sejak awal Januari yang lalu. Namun, virus jenis ‘L’ ini berupaya untuk bermutasi lagi, menjadi super agresif dan merebak dengan lebih pantas sekiranya dikenakan tekanan daripada campur tangan manusia.

Mutasi COVID-19 Jejas Penghasilan Vaksin

Kredit : BioSpectrum Asia

Dr Stephen Griffin, Profesor Madya di University Leeds berkata bahawa ia adalah sukar bagi mengesahkan penemuan seperti ini sekiranya tiada perbandingan secara langsung. Dalam masa yang sama, Profesor Virologi Jonathan Ball turut memberi peringatan bahawa mutasi virus sebegini boleh menjejaskan pengeluaran vaksin akibat sifatnya yang sentiasa berubah-ubah dan menjadi kebal terhadap rintangan vaksin.

Setakat ini, pasukan penyelidik tersebut mempunyai data yang sangat terhad. Bagi memahami bagaimana COVID-19 ini berevolusi dari semasa ke semasa, kajian yang lebih mendalam harus dilakukan bagi mendapatkan pertimbangan yang tepat. Menerusi penemuan ini, jelas bahawa kajian segera dan terperinci perlu dilakukan dengan menggabungkan data genomik, data epidemiologi, serta carta rekod simptom klinikal yang dialami oleh pesakit COVID-19.

Oleh itu, komuniti saintis di seluruh dunia digesa agar bersatu dan bekerja sama bagi memerangi dan mencegah penularan wabak ini.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SMESH dan SAKURA - Sekolah Terbaik Dalam Keputusan SPM Sabah dan Sarawak SMESH dan SAKURA – Sekolah Terbaik Dalam Keputusan SPM 2019 Sabah dan Sarawak
Next Article Lampu Isyarat Pintar Akan Gantikan Bulatan Di Sepanjang Jalan Kuching-Samarahan Expressway

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?