• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

Oleh
Husna Hazmi
23 Februari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Suspek dipercayai memandu dalam keadaan khayal.

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan. Polis telah menahan seorang wanita yang memandu dalam keadaan berbahaya ketika merentas sempadan Brunei-Lawas di pekan Lawas pada Selasa 23 Februari 2021, hari ini.

Wanita yang memandu kenderaan bernombor pendaftaran negara jiran itu tidak memberhentikan kenderaannya ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Lawas dan terus memecut sebelum dikejar pihak polis.

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan
Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan. Kredit Gambar: Sarawak Update

Pemandu yang tetap berdegil itu cuba bertindak untuk memecut kenderaannya

“Walaupun kenderaan dipandunya berjaya dihentikan di satu lokasi namun pemandu yang tetap berdegil itu cuba bertindak untuk memecut kenderaannya.

“Ini memaksa pihak polis menembak tayar bahagian depan kenderaan bagi menghalangnya melarikan diri,” jelas beliau.

Menurut Aidi, siasatan awal mendapati wanita itu memandu dalam keadaan khayal.

Bagaimanapun pihaknya masih menunggu laporan penuh dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas dan pemandu tersebut kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Video kejar mengejar tersebut tular di media sosial

Video kejar mengejar tersebut tular di media sosial di mana sebuah kenderaan dihentikan anggota polis trafik di pekan Lawas dipercayai cuba untuk melarikan diri.

Turut kedengaran adalah bunyi beberapa das tembakan dilepaskan ke arah tayar kenderaan bagi menghalang pergerakan kenderaan berkenaan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jururawat Asal Sarawak Ini Dedah Tindak Balas Selepas Disuntik Vaksin COVID-19 Di Singapura
Next Article Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?