I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Oleh Husna Hazmi
Dikirim pada 24/02/21 11:11 AM
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Wabak Demam Babi Afrika (ASF).

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) semalam telah mengisytiharkan wabak Demam Babi Afrika (ASF) di Daerah Pitas berikutan penemuan virus itu dalam babi yang diternak di daerah tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan negeri, dengan pengisytiharan itu, jabatan berkenaan telah diberikan kuasa di bawah Sub seksyen 45(1) Enakmen Haiwan 2015, untuk mengambil tindakan bagi mencegah penularan wabak tersebut.

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika
Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Memusnahkan babi di kawasan terjejas

“Ini termasuk memusnahkan babi di kawasan terjejas, mengawal pergerakan babi dan penjualan produk daging babi yang berasal dari kawasan terjejas.

“Pada masa yang sama, kampung dan premis terjejas akan dinyahkuman dan kerajaan menerusi JPVS akan melaksanakan kempen kesedaran untuk meningkatkan kefahaman orang ramai tentang penyakit ini,” kata beliau dalam kenyataannya.

Jeffrey berkata pemusnahan kesemua babi yang terjejas akan dilakukan secepat mungkin kerana ASF merupakan penyakit yang sangat mudah berjangkit dan tiada ubat atau vaksin untuk mencegah penyakit tersebut.

Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan akan menimbang untuk memberikan pampasan kepada penternak, di mana babi ternakan mereka telah dimusnahkan oleh JPVS, berdasarkan kadar yang akan ditentukan kemudian.

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Jeffrey berkata langkah kawalan ini akan diselaraskan menerusi jawatankuasa pengurusan bencana daerah dan dijangka akan diselesaikan dalam masa enam bulan.

“Matlamat utama kami adalah untuk menghentikan penyakit ini daripada merebak ke ladang babi secara komersial di Tuaran, Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan Tawau,” kata beliau.

Pada masa ini, penyakit ASF tidak menjejaskan pengeluaran daging babi untuk kegunaan domestik yang dianggarkan bernilai RM300 juta setahun.

“Kami mengambil maklum keputusan kerajaan Sarawak yang melarang babi dan produk dagingnya dari Sabah. Bagaimanapun, kami yakin larangan itu tidak akan memberikan kesan yang besar kepada industri daging babi di Sabah,” katanya dan mengulangi bahawa ASF yang merupakan penyakit khusus untuk babi, tidak berbahaya kepada manusia.

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika
Kredit gambar: THE PIRBRIGHT INSTITUTE

JPVS sedang melakukan Banci Ternakan di seluruh negeri

Di samping itu, Jeffrey berkata JPVS sedang melakukan Banci Ternakan di seluruh negeri untuk mengumpul data lengkap mengenai industri ternakan dan perkhidmatan veterinar bagi membantu merangka dasar, kawalan penyakit dan program lain.

“Jabatan itu memohon kerjasama daripada orang ramai yang akan melawat premis mereka untuk mengadakan temu bual. Program ini dijangka berakhir pada April tahun ini,” katanya menambah banci itu juga termasuk haiwan domestik seperti kucing dan anjing.

Lagi di sini:

Husna Hazmi 24 Februari 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan
Next Article Semua Perkhidmatan Pembaharuan Cukai Jalan Di Pejabat Pos Ditangguhkan Hingga 31 Mac Semua Perkhidmatan Pembaharuan Cukai Jalan Di Pejabat Pos Ditangguhkan Hingga 31 Mac

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Misteri Batu Kudik Di Simunjan, Rumah Panjang Bertukar Batu Akibat Dipanah Petir

28 Jun 2022
Cerita Borneo

Demam Mat Kilau, Gadis Ini Ajak Orang Ramai Ke GSC CityOne Rabu Ini Pakai Baju Kurung

28 Jun 2022
Cerita Borneo

[VIDEO] Budak Tergelincir Jatuh Sungai Semasa Lalu Jambatan Usang Buat Netizen Geram

28 Jun 2022
Cerita Borneo

Buat Aksi Wheelie Di Masja Kuching, 3 Remaja Ditahan Polis

28 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?