• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

‘Hidden Gems’ Blue Pool Di Tengkorong Waterfall, Port Wajib Singgah di Miri

Oleh
Aina Musa
9 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
'Hidden Gems' Blue Pool Di Tengkorong Waterfall, 'Port' Wajib Singgah di Miri.

Hidden gems di Miri!

‘Hidden Gems’ Blue Pool Di Tengkorong Waterfall, Port Wajib Singgah di Miri. Selain di Teng Bukap, Padawan anda juga boleh menikmati keindahan blue pool di Tengkorong Waterfall, Miri yang terletak di Taman Negara Bukit Lambir.

Bagi peminat hiking di Miri, sudah semestinya Taman Negara Bukit Lambir akan menjadi destinasi utama pendakian dan boleh dikatakan Taman Negara ini merupakan ‘port’ familiar bagi pendaki.  

'Hidden Gems' Blue Pool Di Tengkorong Waterfall, Port Wajib Singgah di Miri
Warna air nampak cantik dalam gambar! Kredit foto : My Malaysia

Namun, tidak semua pengunjung mengetahui kewujudan syurga tersembunyi di dalam Taman Negara tersebut iaitu Tengkorong Waterfall.

Air terjun yang dilihat seakan-akan berwarna biru menjadi tarikan sehingga dilabel sebagai blue pool oleh pengunjung yang datang.

'Hidden Gems' Blue Pool Di Tengkorong Waterfall, Port Wajib Singgah di Miri
‘Hidden Gems’ Blue Pool Di Tengkorong Waterfall, Port Wajib Singgah di Miri. Kredit foto: Kabeiser.wordpress

Terletak hanya 30 minit dari bandar raya Miri

Taman Negara Bukit Lambir ini hanya terletak 30 minit dari bandar raya Miri. Manakala, untuk sampai ke air terjun Tengkorong pula memerlukan sekitar 3 jam pendakian atau lebih bergantung kepada kelajuan anda.

Sekiranya anda ingin merasai keindahan air terjun Tengkorong ini, anda digalakkan untuk bertolak pada awal pagi. Untuk berkunjung ke sini, anda hanya perlu merujuk kepada Google Map atau waze dengan carian ‘Taman Negara Bukit Lambir’.

Aktiviti yang boleh dilakukan di Tengkorong Waterfall

Sebaik sahaja tiba di air terjun Tengkorong ini, beberapa aktiviti santai boleh dilakukan di sini. Antaranya, sudah semestinya mandi-manda dan sesi fotografi berlatarkan keindahan blue pool tersebut.

Jangan lupa ambil gambar sebanyak mungkin untuk kenangan!

'Hidden Gems' Blue Pool Di Tengkorong Waterfall, Port Wajib Singgah di Miri
Bonus point untuk yang pandai ambik gambar! Kredit foto: Xplore Malaysia

Sekiranya berpeluang berkunjung ke Miri, datanglah ke hidden gems Tengkorong Waterfall ni! Pastikan anda bawa air yang mencukupi dan datang lebih awal kerana proses pendakian mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.

Di Kuching juga terdapat hidden gems yang pastinya buat anda teruja! Baca pautan di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Cuba Siram Jalan’ – Netizen Tegur Pembinaan Di Kpg Babagon Cemarkan Perumahan
Next Article Buat Lawak Hina Islam, Wanita Ini Buka Baju Dan Tudung Lepas Mengaku Hafaz Al-Quran

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?