• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pembantu Gerai Satay Kantoi Curi Ayam Di Pasar Raya Kuching Dipenjara 3 Bulan

Oleh
Farisha
25 Mac 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Lelaki curi 42kg ayam lepas duit majikan diberi pada isteri untuk beli barang dapur

Pembantu Gerai Satay Kantoi Curi Ayam Di Pasar Raya Kuching Dipenjara 3 Bulan. Seorang pembantu gerai satay dijatuhi hukuman penjara tiga bulan hari ini selepas mengaku bersalah mencuri chicken meat seberat 42.6 kilogram dari sebuah pasar raya di Muara Tebas, Jalan Bako.

Tertuduh, Muhammad Ridwan Purgianto yang berusia 23 tahun, dilaporkan ditahan selepas cuba ‘tapau’ ayam bernilai RM628.87 tanpa membayar satu sen pun, menurut laporan media tempatan.

Pembantu Gerai Satay Kantoi Curi Ayam Di Pasar Raya Kuching Dipenjara 3 Bulan
Pembantu Gerai Satay Kantoi Curi Ayam Di Pasar Raya Kuching Dipenjara 3 Bulan

Disyaki mencurigakan, terus ‘kena follow’

Menurut fakta kes, seorang pekerja pasar raya mendapati gerak-geri Muhammad Ridwan agak mencurigakan apabila dia mengambil ayam yang telah ditimbang siap-siap, masukkan ke dalam troli dan jalan keluar ikut pintu sisi tanpa buat bayaran.

Pekerja tersebut bersama rakan sekerjanya terus ‘follow’ lelaki itu secara senyap-senyap sehingga ke tempat letak kereta pasar raya berkenaan. Bila Ridwan sampai ke keretanya, mereka tahan dia dan terus panggil polis.

Polis tiba lebih kurang pukul 1.55 petang dan membuat tangkapan. Berdasarkan semakan rakaman CCTV dan siasatan lanjut, Ridwan mengaku perbuatannya itu memang sengaja dilakukan.

“Duit beli ayam dah bagi isteri…”

Apa yang buat kes ini lebih ‘tragis’, Muhammad Ridwan sebenarnya pelanggan tetap di pasar raya tu. Dia sering datang beli ayam guna duit dan kereta milik majikannya, seorang pemilik gerai satay.

Tapi kali ni, dia buat keputusan ‘last minute’ untuk mencuri selepas menyerahkan duit ayam yang diberi majikan kepada isterinya untuk belanja dapur. Disebabkan itu, dia nekad ambil ayam tanpa bayar.

Tiada peguam bela, terus kena hukum

Ridwan hadir ke Mahkamah Majistret Kuching tanpa peguam bela dan mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Jika disabitkan, seksyen ini boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda. Namun dalam kes ini, Majistret Mason Jaro Lenya Barayan menjatuhkan hukuman penjara selama 3 bulan.

Patut tak Ridwan diberi peluang kedua? Atau hukum tetap hukum?

Baca juga artikel yang berkaitan:

Sedar Kena Rakam, Lelaki Cover Muka Dengan Baju Sebelum Curi Beg Jemaah Wanita Di Sabah
Pencuri Ambil Kesempatan Musim Banjir, Penduduk Diingatkan Untuk Berjaga-Jaga
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PM Anwar Dedah Sistem MAHB Digodam, Penggodam Tuntut USD10 Juta PM Anwar Dedah Sistem MAHB Digodam, Penggodam Tuntut USD10 Juta
Next Article Kanta Lekap Atau Alat Optik Dilarang Dijual Online, Boleh Didenda 200K Atau 2 Tahun Penjara

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?