Lelaki Selamba Curi Beg Jemaah Wanita Di Masjid Sabah, Siap Sembunyi Belakang Langsir
Sedar Kena Rakam, Lelaki Cover Muka Dengan Baju Sebelum Curi Beg Jemaah Wanita Di Sabah. Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian kecurian di sebuah masjid di Sapagaya, Sabah pada Ahad lalu, dan rakaman CCTV mengenainya kini tular di media sosial.
Dalam video yang mula berlegar sejak Isnin, lelaki tersebut dengan berani menyelinap masuk ke ruangan solat wanita ketika jemaah sedang khusyuk menunaikan solat.

Sembunyi Di Belakang Langsir, Pastu Kaut Beg!
Pada awalnya, individu berbaju hijau itu dilihat masuk secara senyap-senyap sebelum bertindak menyembunyikan diri di belakang langsir. Mungkin kerana menyedari dirinya boleh dikesan kamera CCTV, dia kembali lagi dengan wajah yang ditutup menggunakan bajunya sendiri.
Dengan pantas, dia menyelongkar beberapa beg tangan jemaah yang tidak menyedari kehadirannya. Dia kemudian dilaporkan melarikan beberapa barang berharga sebelum menghilangkan diri dari lokasi kejadian.
Netizen Panas, Minta Tindakan Tegas
Kejadian ini mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen, yang menganggap tindakan lelaki itu sangat tidak beradab kerana sanggup mencuri di rumah ibadah. Ramai yang meminta pihak berkuasa segera menyiasat insiden ini dan menangkap pelaku tersebut.
Menurut laporan media tempatan, setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut. Harapnya pencuri ini segera ditangkap dan diadili!
Apa pendapat korang? Pernah ke alami kejadian macam ni? Kongsikan pengalaman korang di ruangan komen!

