I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Curi Barang & Haiwan, Ada Seseorang Disebalik Arahan Untuk Kanak-Kanak Ini Merayau Waktu Malam Di Sibu
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Curi Barang & Haiwan, Ada Seseorang Disebalik Arahan Untuk Kanak-Kanak Ini Merayau Waktu Malam Di Sibu

Oleh iloveborneo 8 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Rondaan di sebuah kampung di Sibu temui 6 kanak-kanak merayau-rayau waktu malam di kawasan sekitar

Curi Barang & Haiwan, Ada Seseorang Disebalik Arahan Untuk Kanak-Kanak Ini Merayau Waktu Malam Di Sibu. Eloknya bila setiap kampung atau penempatan ada rondaan berkala yang dilakukan kerana kita tidak pernah tahu kemungkinan-kemungkinan terjadinya sesuatu yang mungkin mendatangkan unsur jenayah di kawasan sekitar.

Di Kampung Usaha Jaya Baru, Jalan Sentosa, Salim, Sibu, satu rondaan telah dilakukan oleh pihak SRS SPSJSS dimana dalam rondaan yang dilakukan tersebut telah menemui 6 orang kanak-kanak lelaki yang merayau-rayau di kawasan padang bola di kampung tersebut. Hal ini kelihatan sungguh janggal.

Curi Barang & Haiwan, Ada Seseorang Disebalik Arahan Untuk Kanak-Kanak Ini Merayau Waktu Malam Di Sibu
Curi Barang & Haiwan, Ada Seseorang Disebalik Arahan Untuk Kanak-Kanak Ini Merayau Waktu Malam Di Sibu. Sumber gambar: FB Abdul Mutalin Busran

Rondaan dilakukan, 2 daripada 6 berjaya ditahan, kerana enggan menuduh dan mengesyaki mereka sebarangan walaupun banyak aduan kecurian diterima

Dalam rondaan yang dilakukan pada sebelah malam tersebut, 2 daripda 6 kanak-kanak tersebut telah berjaya ditahan untuk mereka tahu tentang tujuan mereka merayau-rayau di kawasan sekitar. Walaupun mereka berdua mengatakan bahawa mereka kelaparan dan tengah mencari keberadaan ibu mereka tetapi bukan semudah itu pihak rondaan mempercayainya.

Artikel Lain

Kerang Beracun Paras Bahaya Di Teluk Likas Sabah, Orang Ramai Dilarang Kutip Dan Makan
Kenali Gajah Asia Satu-Satunya Spesies Yang Ada Di Borneo
Kenali Gajah Asia Satu-Satunya Spesies Yang Ada Di Borneo
Kes Buang Bayi Di Semariang, Gadis 14 Tahun Diperintah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan
Kes Buang Bayi Di Semariang, Gadis 14 Tahun Diperintah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan

Difahamkan oleh pihak yang melakukan rondaan bahawa banyak aduan sebenarnya yang telah dilaporkan oleh penduduk setempat tentang kes kecurian yang berlaku dan mereka enggan menuduh sebarangan dan mengesyaki sekumpulan kanak-kanak ini.

Curi Barang & Haiwan, Ada Seseorang Disebalik Arahan Untuk Kanak-Kanak Ini Merayau Waktu Malam Di Sibu
Sumber gambar: FB Abdul Mutalin Busran

Tapi, ditemui barangan yang dipercayai dicuri oleh mereka dan rupanya ada seseorang sebalik aktiviti mereka yang beri arahan mereka merayau,curi barang atau haiwan

Tetapi, selepas diselidiki maka ditemui beberapa barang yang dipercayai telah dicuri oleh sekumpulan kanak-kanak ini daripada rumah-rumah penduduk di sekitar. Mungkin barang tersebut sekadar barang yang kecil, mencuri tetap satu kesalahan.

Bukan itu sahaja, diketahui juga bahawa ada seseorang disebalik aktiviti kanak-kanak ini yang memberi arahan untuk mereka melakukan aktiviti sedemikian. Walaupun yang dikongsikan di Facebook hanya gambar barangan yang dicuri sahaja dipertunjukkan, mereka ini juga difahamkan ada mencuri haiwan milik penduduk di sekitar juga.

Curi Barang & Haiwan, Ada Seseorang Disebalik Arahan Untuk Kanak-Kanak Ini Merayau Waktu Malam Di Sibu
Sumber gambar: FB Abdul Mutalin Busran

Pada mulanya, tujuan rondaan yang dilakukan ini adalah bertujuan mengelakkan kanak-kanak ini menjadi mangsa sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Tetapi, selepas menemui barangan yang dicuri dan mengetahui ada individu disebalik aktiviti ini maka pihak rondaan menyatakan bahawa perkongsian tersebut adalah amaran terakhir untuk pihak yang berkenaan.

Sekiranya berlanjutan juga maka mereka tidak akan teragak-agak untuk menyerahkan isu ini kepada pihak berkuasa dan semoga ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak ini lebih prihatin dan mengawasi dengan lebih teliti tindakan-tanduk anak-anak mereka.

Kanak-kanak seusia mereka ini seharusnya dididik untuk menjadi individu yang berguna untuk masa hadapan. Bukannya dijadikan medium untuk melakukan sebarang aktiviti yang tidak bermoral sebegini. Jadikan anak-anak muda seperti di dalam artikel dibawah sebagai contoh yang baik:

SUMBER : FB Abdul Mutalib Busran
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Koyak’ Ditegur Merokok Di Tempat Awam, Tindakan Bapa Bayi 7 Bulan Dari Kuching Ini Dipuji Netizen ‘Koyak’ Ditegur Merokok Di Tempat Awam, Tindakan Bapa Bayi 7 Bulan Dari Kuching Ini Dipuji Netizen
Next Article Balik Semula Ke Malaysia, Kini TikToker Mat Salleh Ini Terokai Keindahan Sabah Pula

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?