I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Balik Semula Ke Malaysia, Kini TikToker Mat Salleh Ini Terokai Keindahan Sabah Pula
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Balik Semula Ke Malaysia, Kini TikToker Mat Salleh Ini Terokai Keindahan Sabah Pula

Oleh Husna Hazmi 8 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Sabah memang best bah!

Balik Semula Ke Malaysia, Kini TikToker Mat Salleh Ini Terokai Keindahan Sabah Pula. Tidak dapat dinafikan, ramai pelancong luar negara yang berkunjung di Malaysia telah jatuh cinta dengan negara yang harmoni ini. Hal ini terbukti apabila seorang TikToker terkenal ini kembali ke Malaysia buat kali kedua kerana dia rindu akan orang dan juga suasana di negara ini.

Popular dengan kontennya mengembara ke negara-negara di Asia Tenggara seorang diri, Alwin GC merupakan salah seorang TikToker terkenal yang disukai ramai rakyat Malaysia.

Balik Semula Ke Malaysia, Kini TikToker Mat Salleh Ini Terokai Keindahan Sabah Pula
Balik Semula Ke Malaysia, Kini TikToker Mat Salleh Ini Terokai Keindahan Sabah Pula. Sumber foto: Tangkap layar dari TikTok Alwin

Raih populariti mendadak di Malaysia

Pada tahun lepas, setelah Alwin mengembara ke negara Thailand, dia kemudiannya meneruskan pengembaraannya ke Malaysia di mana dia telah berjaya meraih populariti mendadak.

Menurut Alwin dalam salah satu perkongsiannya di TikTok, Malaysia telah banyak mengubah hidupnya di mana ketika dia menjejak kaki ke negara ini video yang di kongsikannya mendapat sambutan hebat! Alwin juga pernah berkongsi video di mana dia amat terkejut dengan betapa baiknya rakyat di Malaysia.

Pada bulan Ogos tahun lepas, Alwin telah memulakan pengembaraannya di Malaysia selama tiga bulan. Selama tiga bulan tersebut, Alwin telah berkongsi pengalaman manisnya menerokai Semenanjung, Malaysia. Tiga bulan berada di Malaysia, Alwin kemudian meneruskan pengembaraannya menjelajah ke negara lain pula iaitu ke Vietnam dan juga Filipina.

Balik Semula Ke Malaysia, Kini TikToker Mat Salleh Ini Terokai Keindahan Sabah Pula
Sumber foto: Instagram Alwin

Kembali semula ke Malaysia untuk menerokai Sabah

Setelah menjelajah dua negara tersebut, Alwin membuat keputusan untuk kembali lagi ke Malaysia namun kali ini dia menerokai salah satu negeri di Pulau Borneo iaitu Sabah!

Tiba di Sabah di penghujung Disember, Alwin telah memulakan pengembaraannya menerokai keindahan Sabah. Dalam video yang dikongsikannya di TikTok, Alwin telah mencuba makanan di Sabah, menerokai budaya di Sabah, dan berinteraksi bersama orang lokal di sini.

Kalau ke Sabah tak sah kalau tak makan makanan laut yang fresh tersedia di sini. Alwin yang telah mencuba Latok yang merupakan sejenis rumpai laut berwarna hijau dan biji-bijinya menyerupai buah anggur mengatakan makanan tersebut enak! Makanan laut lain yang dicubanya juga sedap katanya.

Selain mencuba makanan enak, Alwin juga sempat singgah ke Mari Mari Cultural Village di mana dia berpeluang untuk melihat keunikan kaum dan budaya masyarakat di Sabah.

Sabah dan juga Sarawak merupakan negeri yang unik dan budayanya amat berbeza daripada negeri lain yang berada di Semenanjung Malaysia. Jadi, sama-samalah kita menyokong industri pelancongan negara dengan menerokai keindahan di negara kita!

Ketahui lebih lanjut mengenai keindahan negeri Sabah di sini:

Hidden Gem Yang Indah, Ketahui 7 Pulau Eksotik Sabah Yang Ramai Tidak Tahu
Ini Adalah Senarai 4 Tempat Menarik Di Sabah Yang Anda Boleh Lawati
Kenali Latok, Makanan Sabah Yang Jadi Trend ‘Mukbang’ Di Malaysia
SUMBER : TikTok @alwingc
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Curi Barang & Haiwan, Ada Seseorang Disebalik Arahan Untuk Kanak-Kanak Ini Merayau Waktu Malam Di Sibu
Next Article Tular Luahan Wanita Ini Bayar Makanan Harga Kayangan Di Kuching, Netizen Kongsi Pengalaman Sama

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?