• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Curi Motosikal Di Hospital Umum Sarawak, Lelaki Dipenjara Setahun

Oleh
Aina Musa
28 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Padah Curi Motosikal Di Hospital Umum Sarawak, Lelaki Dipenjara Setahun

Sepandai-pandai tupai melompat

Padah Curi Motosikal Di Hospital Umum Sarawak, Lelaki Dipenjara Setahun. Seorang lelaki, 40 tahun, dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana mencuri sebuah motosikal di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada bulan November tahun lepas.

Mohamad Zaidel Sidi mengaku bersalah di dakwa di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan baca bersama Seksyen 34 Kanun yang membawa hukuman minimum setahun dan maksimum tujuh tahun penjara, dan juga denda, jika disabitkan kesalahan.

Padah Curi Motosikal Di Hospital Umum Sarawak, Lelaki Dipenjara Setahun

Menurut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas didakwa mencuri sebuah motosikal milik lelaki berusia 43 tahun pada 1 November 2023, antara jam 8 pagi dan 1 petang di tempat letak motosikal berbumbung di HUS.

Fakta kes mendedahkan mangsa menyedari motosikalnya yang diletakkan di tempat letak motosikal HUS telah hilang.

Laporan polis dibuat dan siasatan mengarah kepada tertuduh, lalu membawa kepada penangkapannya bersama motosikal terbabit.

Siasatan seterusnya mendapati mangsa mengenali motosikal yang dirampas daripada tertuduh sebagai motosikalnya yang dilaporkan hilang.

Selain itu, siasatan juga mendapati motosikal itu telah diubah warna cat, namun pemeriksaan lanjut polis mendapati nombor casis dan enjinnya adalah sama dengan motosikal mangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Baca lagi artikel menarik:

Remaja Perempuan Maut, Kepala Terputus Dua Akibat Nahas Motosikal Di Miri
Gaduh Gara-Gara Selisih Bahu, 9 Pekerja Kilang Ditahan Di Kota Kinabalu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kepakaran Bangie Anak Embol Dalam Tenunan Pua Mendapat Anugerah Tokoh Kraf Negara Kepakaran Bangie Anak Embol Dalam Tenunan Pua Mendapat Anugerah Tokoh Kraf Negara
Next Article Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Terima Anugerah Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Terima Anugerah Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?