• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Menteri Ekonomi Dedah 8 Daerah Di Sabah Rekod Kadar Miskin Tegar Tertinggi Di Malaysia

Oleh
Aina Musa
14 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Menteri Kewangan Dedah 8 Daerah Di Sabah Rekod Kadar Miskin Tegar Tertinggi Di Malaysia

Rekod tersebut didedahkan oleh Menteri Kewangan

Menteri Ekonomi Dedah 8 Daerah Di Sabah Rekod Kadar Miskin Tegar Tertinggi Di Malaysia. Kemiskinan tegar di Sabah direkodkan pada kadar 1.2 peratus atau enam kali ganda berbanding kadar nasional sebanyak 0.2 peratus, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 menunjukkan kadar kemiskinan tegar di lapan daerah di negeri itu adalah lebih tinggi berbanding kadar nasional, dengan Tongod mencatat kadar tertinggi iaitu 5.9 peratus.

Menteri Ekonomi Dedah 8 Daerah Di Sabah Rekod Kadar Miskin Tegar Tertinggi Di Malaysia. Sumber: Sinar Harian

“Ia diikuti Beluran iaitu 5 peratus, Pitas (4.8 peratus), Kinabatangan (4.6 peratus), Kota Marudu (4 peratus), Tuaran (2.6 peratus), serta Ranau dan Lahad Datu masing-masing 2.4 peratus,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) yang ingin mengetahui jumlah keseluruhan miskin tegar di Malaysia dan lapan daerah di Sabah dikategorikan termiskin di Malaysia serta insiatif dan bantuan yang diberikan kepada mereka.

Rafizi berkata, jurang perbezaan tersebut dilihat agak besar memandangkan kadar kemiskinan tegar seluruh negara berkurangan daripada satu peratus pada 2020 kepada 0.2 peratus bersamaan 18,445 isi rumah pada 2022.

Oleh kerana itu kerajaan menurutnya telah meluncurkan Pangkalan Data Utama (PADU) bagi mengenal pasti mereka yang layak diberikan bantuan dan perbincangan dengan kerajaan negeri Sabah juga diadakan bagi tujuan itu.

“Apabila kita selesai dengan PADU dan kita telah petakan banyak tempat yang sebelum ini tercicir, itu akan membolehkan banyak keluarga miskin tegar di Sabah dan tempat lain mula mendapat bantuan, bukan sahaja bantuan tunai tapi program untuk anak-anak mereka seperti TVET ( pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional),” katanya.

Menurutnya, tumpuan di Sabah ketika ini ialah mewujudkan peluang pekerjaan melalui pertanian bersepadu, misalnya menerusi projek Inisiatif Pendapatan Rakyat – Inisiatif Usahawan Tani (IPR-INTAN)

Rafizi berkata, ketika ini kerajaan negeri Sabah sangat terkedepan dalam memberikan tanah untuk diusahakan, dengan seramai 390 keluarga miskin tegar mengusahakan 203.96 hektar tanah di lapan daerah di Sabah melibatkan tanaman seperti nanas, cili fertigasi, jagung dan kacang soya.

“Kalau dilihat kepada prestasi IPR-INTAN di tempat lain, pendapatan bulanan bagi tuaian pusingan pertama RM2,200 hingga RM5,600 sebulan. Kalau kita berjaya ulangi ini di Sabah, maksudnya setiap keluarga miskin tegar yang sertai inisiatif ini dalam tempoh dua tahun boleh keluar daripada miskin tegar,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Pengawal Keselamatan Dari Sabah Menang Jackpot RM13 Juta
Laluan Baharu Brunei-Limbang Ini Bakal Siap Sepenuhnya Bulan Oktober 2025
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Laluan Baharu Brunei Ke Limbang Ini Bakal Siap Sepenuhnya Bulan Oktober 2025 Laluan Baharu Brunei-Limbang Ini Bakal Siap Sepenuhnya Bulan Oktober 2025
Next Article Mahkamah Benarkan Permohonan Penangguhan Saman Sivil Terhadap Raghad

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?