• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pengawal Keselamatan Dari Sabah Menang Jackpot RM13 Juta

Oleh
Aina Musa
14 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pengawal Keselamatan Dari Sabah Menang Jackpot RM13 Juta

Pengawal keselamatan terima durian runtuh

Pengawal Keselamatan Dari Sabah Menang Jackpot 13 Juta. Seorang pengawal keselamatan dari Sabah telah memenangi RM13.4 juta Jackpot 1 Toto 4D pada 2 Mac lepas.

Beliau yang berusia 53 tahun itu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan selama lebih dari dua dekad, memberitahu STM Lottery Sdn Bhd bahawa set nombor bertuahnya 1203 dan 1227 adalah gabungan tarikh lahirnya dan nombor pendaftaran keretanya.

Pengawal Keselamatan Dari Sabah Menang Jackpot RM13 Juta.

“Saya membeli kedua-dua nombor ini dengan hanya menghabiskan RM2.60 (termasuk cukai jualan Sabah sebanyak 60 sen) untuk menjadi kaya. Saya fikir saya mungkin masih akan terus bekerja sehingga bersara, tetapi setelah melihat faedahnya sekiranya saya menyimpan kemenangan itu, saya tidak lagi perlu bekerja,” katanya.

Katanya isterinya tidak dapat menahan air mata apabila diberitahu berita gembira tersebut kerana mereka akhirnya dapat merealisasikan impian mereka untuk membina sebuah rumah yang cukup besar untuk menampung seluruh keluarganya, termasuk adik-beradiknya.

“Sebagai seorang penduduk asli Sabah, saya kini boleh membuat perubahan untuk orang kampung saya. Saya ingin kembali dan membangunkan kampung saya,” tambahnya.

Pemenang bertuah itu memenangi RM13,403,860.25 daripada jumlah jackpot keseluruhan sebanyak RM14,962,901.80.

Baki jumlah jackpot berjumlah RM1,559,041.55 telah dikongsi oleh dua pemenang i-System – satu dari Sabah dan yang lain dari Kuala Lumpur.

Baca lagi artikel menarik:

Anak-Anak Sabah Harumkan Nama, Raih 10 Emas Dalam Pertandingan Karate Kebangsaan
Krisis Bekalan Air Kritikal, JPBD Isytihar Daerah Papar Dilanda Bencana Kemarau
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anak-Anak Sabah Harumkan Nama, Raih 10 Emas Dalam Pertandingan Karate Kebangsaan Anak-Anak Sabah Harumkan Nama, Raih 10 Emas Dalam Pertandingan Karate Kebangsaan
Next Article Laluan Baharu Brunei Ke Limbang Ini Bakal Siap Sepenuhnya Bulan Oktober 2025 Laluan Baharu Brunei-Limbang Ini Bakal Siap Sepenuhnya Bulan Oktober 2025

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?