• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Laluan Baharu Brunei-Limbang Ini Bakal Siap Sepenuhnya Bulan Oktober 2025

Oleh
Nazihah AN
14 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Laluan Baharu Brunei Ke Limbang Ini Bakal Siap Sepenuhnya Bulan Oktober 2025

Perjalanan Brunei-Limbang Lebih Dekat dengan Laluan Baharu

Laluan Baharu Brunei-Limbang Ini Bakal Siap Sepenuhnya Bulan Oktober 2025. Projek pembinaan jalanraya baharu dari Kampung Lumapas, Brunei menuju ke Bandar Limbang telah siap.

Walaupun pembinaan Jambatan Limbang baru akan disiapkan pada Oktober 2025, perjalanan dari Brunei ke Limbang melalui Kampung Pendam kini mengambil masa hanya 23 minit, sama seperti perjalanan dari Bandar ke Tutong.

Laluan Baharu Brunei-Limbang Ini Bakal Siap Sepenuhnya Bulan Oktober 2025
Laluan Baharu Brunei-Limbang Ini Bakal Siap Sepenuhnya Bulan Oktober 2025

Sementara itu, pembinaan Jambatan Kedua Sungai Limbang yang akan menjadi laluan tambahan menghubungkan Limbang dengan Brunei Darussalam kini sedang giat dijalankan. Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, projek bernilai RM188 juta yang dinanti-nantikan penduduk itu kini telah mencapai 55 hingga 60 peratus pembinaan.

Laluan baharu Limbang-Brunei ini mengambil masa 30-35 minit sahaja

“Alhamdulillah saya gembira dengan kemajuan projek Jambatan Kedua Sungai Limbang daripada kontraktor Kemena Holding. Pembinaan berjalan lancar dan kini memasuki antara 55 hingga 60 peratus pada masa ini,” katanya semasa lawatan ke tapak projek baru-baru ini.

Laluan Baharu Brunei-Limbang Ini Bakal Siap Sepenuhnya Bulan Oktober 2025

Ahli Parlimen Limbang itu menjangkakan projek akan siap pada November 2025, tertakluk kepada keadaan cuaca dan bekalan bahan binaan yang mencukupi. Beliau berharap pembinaan akan berjalan lancar memandangkan semua bahan binaan sudah tersedia di tapak projek.

Hasbi menegaskan bahawa projek jambatan ini bukan sahaja akan menghubungkan Limbang dengan Brunei, malah mampu memacu pembangunan di kawasan seberang Sungai Limbang serta mengeratkan hubungan dengan negara jiran itu.

Selain itu, pembinaan Projek Tebingan Sungai Limbang Fasa Dua dan Tiga turut sedang rancak dijalankan. Fasa Dua bernilai RM29 juta dan Fasa Tiga berkos RM26 juta telah mencapai 67 peratus dan dijangka siap sebelum Jun 2024. Apabila siap kelak, ia akan menjadi tebingan sungai terpanjang di Sarawak sepanjang 1.7 kilometer.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Kerajaan Negeri Umum Tiada Pencen Buat Penjawat Awam Baru Sarawak
Anak-Anak Sabah Harumkan Nama, Raih 10 Emas Dalam Pertandingan Karate Kebangsaan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pengawal Keselamatan Dari Sabah Menang Jackpot RM13 Juta Pengawal Keselamatan Dari Sabah Menang Jackpot RM13 Juta
Next Article Menteri Kewangan Dedah 8 Daerah Di Sabah Rekod Kadar Miskin Tegar Tertinggi Di Malaysia Menteri Ekonomi Dedah 8 Daerah Di Sabah Rekod Kadar Miskin Tegar Tertinggi Di Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?