I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Daftar Vaksin Via MySejahtera, Anda Layak Terima 1 Minuman Percuma Daripada Chatime
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Daftar Vaksin Via MySejahtera, Anda Layak Terima 1 Minuman Percuma Daripada Chatime

Oleh Husna Hazmi 25 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Beli 1 percuma 1 minuman daripada Chatime jika anda sudah daftar vaksin via MySejahtera.

Daftar Vaksin Via MySejahtera, Anda Layak Terima 1 Minuman Percuma Daripada Chatime. Dilaporkan bahawa, orang ramai yang sudah mendaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera layak menerima minuman percuma Chatime melalui promosi pembelian beli satu percuma satu di seluruh Malaysia.

Daftar Vaksin Via MySejahtera, Anda Layak Terima 1 Minuman Percuma Daripada Chatime
Daftar Vaksin Via MySejahtera, Anda Layak Terima 1 Minuman Percuma Daripada Chatime

Memberi kesedaran positif kepada masyarakat dalam membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali, usaha ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat tersebut.

Pihak mereka sentiasa menyokong, mempromosi dan memberi kesedaran positif kepada masyarakat dalam membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Kami percaya bahawa dalam setiap perniagaan, terutama perniagaan langsung kepada pengguna seperti Chatime, tanggungjawab dan peranan kami juga ialah menyokong, mempromosi dan memberi kesedaran positif dalam membantu PICK.

“Oleh itu, kepada sesiapa yang sudah mendaftar vaksinasi di aplikasi MySejahtera akan mendapat minuman melalui beli satu percuma satu,” kata Aliza dalam satu kenyataan pada Khamis.

Daftar Vaksin Via MySejahtera, Anda Layak Terima 1 Minuman Percuma Daripada Chatime

Menyerahkan sebanyak 700 minuman untuk barisan hadapan

Sebelum ini, Chatime Malaysia juga pernah menyerahkan sebanyak 700 minuman untuk barisan hadapan yang bertugas di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang sempena pelancaran inisiatif menggalakkan penyertaan vaksinasi oleh Chatime Malaysia.

Inisiatif itu sebagai tanda terima kasih kepada barisan hadapan yang berkhidmat tanpa mengenal erti penat dan lelah dalam menangani pandemik.

Di samping itu, Pengarah Eksekutif, Chatime Malaysia, Widayu Latiff berkata, inisiatif ‘beli satu percuma satu’ bagi orang ramai yang sudah mendaftar dalam PICK diharap dapat mendorong rakyat Malaysia untuk mendaftar.

Daftar Vaksin Via MySejahtera, Anda Layak Terima 1 Minuman Percuma Daripada Chatime

Tunjukkan pendaftaran vaksinasi MySejahtera kepada kakitangan cawangan kami di seluruh negara dan secara automatik anda layak untuk menebus minuman percuma dengan setiap minuman yang dibeli

“Apa yang anda perlu dilakukan hanya menunjukkan pendaftaran vaksinasi MySejahtera kepada kakitangan cawangan kami di seluruh negara dan secara automatik anda layak untuk menebus minuman percuma dengan setiap minuman yang dibeli.

“Kempen ini berlangsung sehingga 15 Julai 2021 di semua cawangan kami seluruh negara dan tertakluk kepada terma dan syarat,” menurut Widayu Latiff.

Mengenai program sumbangan minuman untuk barisan hadapan, beliau berkata mereka memahami jenama dan produk memainkan peranan yang sangat besar dalam masyarakat.

“Kerana itu kami selalu menerapkan peranan ini dalam DNA jenama Chatime. Oleh itu,’Chatime Communi-Tea’ telah diwujudkan sebagai salah satu fokus CSR yang diselaraskan di seluruh negara.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Tetap Capai Keputusan Cemerlang SPM Walaupun Guru Sabah Ini Terpaksa Hantar Kerja Sekolah Ke Rumah
Next Article Pengasas Roti Gardenia Sabah Dibunuh, Ketahui Sejarah Di Sebalik Dua Syarikat Berbeza Di Bawah Satu Jenama

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?