• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Nyanyi Lagu Iban Live dalam Flight, Pramugari Jemput Lelaki Ini Hiburkan Penumpang

Oleh
Ismail NA
13 Oktober 2019
Kongsi
3 Min Bacaan
Nyanyi Lagu Iban Live dalam Flight, Pramugari Jemput Lelaki Ini Hiburkan Penumpang

Jarang Ada Orang Nyanyi Live Dalam Flight, Bawa Lagu Bekikis Bulu Betis Gik Ya!

Nyanyi Lagu Iban Live dalam Flight, Pramugari Jemput Lelaki Ini Hiburkan Penumpang. Bila penumpang masuk ke dalam pesawat, biasanya kita akan menunggu arahan anak kapal untuk memasang tali pinggang keselamatan atau melihat mereka melakukan demonstrasi keselamatan yang..tak semua orang akan beri perhatian. Ada yang masih bermain telefon bimbit, ada yang melihat ke luar tingkap, ada yang sibuk membaca majalah di belakang tempat duduk pesawat, ada juga yang duduk-duduk terus tidur. Begitu juga semasa pramugari menghidang makanan atau minuman kepada anda. Hmm, betul tak?

Tapi, lain pula kisahnya dengan sebuah penerbangan ini. Seorang lelaki telah dijemput oleh pramugari penerbangan tersebut untuk menghiburkan penumpang dengan menyanyikan sebuah lagu ikonik Sarawak iaitu Bekikis Bulu Betis semasa penerbangan. Stidi wai!

“This An Anthem Song for Sarawakian”

Bekikis live dlm bilun 🤣
AirAsia cabin crew requested my brother to do acoustic on the plane and they recognised him as an artist hahaha steady bro! Thanks @AirAsia sporting terbaik 👍 pic.twitter.com/xIOxhAbDbP

— lesleetnj (@leslietanjong) October 8, 2019

Part 2 🤣 pic.twitter.com/9rgX5Peact

— lesleetnj (@leslietanjong) October 8, 2019

Seorang pengguna Twitter, @LeslieTanjong telah memuat naik video seorang lelaki yang dikenali sebagai Mr West dijemput oleh pramugari Air Asia untuk menyanyi dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching pada 8 Oktober yang lalu. Menurut pramugari tersebut, ini merupakan kali pertama beliau mengundang seseorang untuk menyanyi secara live di dalam pesawat untuk menghiburkan para penumpang. Pramugari tersebut mengenali Mr West sebagai seorang artis Iban lalu menjemputnya untuk menyanyikan sebuah lagu.

Baca juga artikel berkaitan : Kenali Label Muzik Sarawak Pertama Cecah Lebih 10 Juta Tontonan Youtube

Untuk pengetahuan, Mr West merupakan salah seorang seorang penumpang di dalam pesawat tersebut dan merasakan bahawa syarikat penerbangan tersebut sangat sporting walaupun ia nya berlaku secara spontan dan tidak dijangka sama sekali. Menurut beliau, lagu bekikis bulu betis merupakan “anthem song” untuk rakyat Sarawak memandangkan penerbangan tersebut akan mendarat di Kuching, Sarawak.

Pramugari Sekarang Lebih Sporting, Selit Unsur Jenaka

Kerjaya pramugari ini bukan sahaja memerlukan karakter seseorang yang cantik, hensem, bergaya tetapi juga haruslah mempunyai perwatakan yang menarik dan mesra. Kalau anda seorang yang suka berjenaka, itu adalah satu BONUS! Kebanyakan syarikat penerbangan sekarang lebih terbuka dari segi layanan terhadap penumpang dan tidak terlalu mengikut skrip terutamanya semasa melakukan demonstrasi keselamatan dan ketika menghidang makanan dan minuman.

Pengumuman demonstrasi keselamatan yang menghiburkan penumpang. Kredit : Youtube Wan Din
Kredit : Youtube Tambayan ni Berto

Unsur-unsur jenaka dan humor diselitkan semasa demonstrasi keselamatan penumpang supaya para penumpang memberikan perhatian penuh kepada demonstrasi tersebut. Bukan apa, manusia kan suka sesuatu yang lucu dan menggembirakan mereka. Jadi, tidak salah kalau syarikat penerbangan mahukan pramugari yang lebih natural dalam interaksi mereka bersama penumpang. Penumpang selamat, syarikat pun dapat untung lebih. Kan?

Pernah mengalami situasi yang tidak dapat dilupakan semasa menaiki pesawat? Atau gelagat pramugari yang anda paling suka? Kongsikan pengalaman anda dan jangan lupa like dan share post ini.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dah Beli Dekoder Belum? Siaran TV Analog Sabah Sarawak Ditamatkan Hujung Oktober Ini
Next Article Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?