• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dah Macam Air Terjun Changi Airport, Bumbung Bocor Di Airport Kuching Jadi Perhatian Netizen

Oleh
Aina Musa
6 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Dah Macam Changi Airport, Bumbung Bocor Di Lapangan Terbang Kuching Jadi Perhatian Netizen

Bukan air terjun tapi air hujan

Dah Macam Air Terjun Changi Airport, Bumbung Bocor Di Airport Kuching Jadi Perhatian Netizen. Air Terjun Changi Airport adalah sebuah taman air terjun indoor yang terletak di dalam Lapangan Terbang Singapura.

Air Terjun ini menjadi salah satu tarikan pelancong yang popular setiap kali datang ke Singapura.

Tidak mahu ketinggalan, lapangan terbang Kuching kini juga turut dilengkapi dengan ‘air terjun’ persis di Changi Airport. Perkara itu telah dikongsi oleh individu bernama Obe1k menerusi akaun Twitternya.

Dah Macam Air Terjun Changi Airport, Bumbung Bocor Di Airport Kuching Jadi Perhatian Netizen
Dah Macam Air Terjun Changi Airport, Bumbung Bocor Di Airport Kuching Jadi Perhatian Netizen. Kredit: Obe1k

Berdasarkan perkongsian tersebut, beliau mendakwa lapangan terbang Kuching kini memiliki tarikan baru dimana dilengkapi dengan air terjun seperti di Singapura.

Akibat daripada bumbung bocor

Menariknya mengenai air terjun ini, ia bukanlah direka oleh arkitek tetapi air terjun ini sebenarnya merupakan limpahan air hujan yang berpunca daripada bumbungnya yang bocor.

Keadaan mengundang keresahan netizen kerana keadaan ini sebenarnya membahayakan orang awam di sekitar itu.

Dah Macam Air Terjun Changi Airport, Bumbung Bocor Di Airport Kuching Jadi Perhatian Netizen

Baru-baru ini juga, ada individu turut berkongsi keadaan lapangan terbang Kuching yang dikatakan ‘menyedihkan’ dan uzur menerusi laman sosial.

Menurut netizen, kemudahan dan infrastruktur di lapangan terbang Kuching tidak diselenggara dengan baik sehingga kerusi di sepanjang lapangan terbang tersebut dilihat usang dan tidak selesa untuk digunakan oleh pelancong.

Netizen resah dan terhibur

Setelah meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kemunculan air terjun ini.

Ada yang dilihat menyamakan limpahan air hujan tersebut seperti air terjun yang terdapat di Changi Airport, Singapura.

Ada juga yang sempat berseloroh dengan mengatakan, lebih baik dana RM 30 juta untuk pembinaan tiang bendera tertinggi di Sarawak itu digunakan untuk menambah baik infrastruktur di lapangan terbang Kuching ini.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang tertipu dengan perkongsian video tersebut di mana mereka menyangka ‘air terjun’ itu merupakan tarikan terbaru di lapangan terbang Kuching.

Sebaliknya, air terjun tersebut merupakan limpahan air hujan daripada kebocoron bumbung yang uzur.

Baca lagi artikel berkaitan:

Taraf Tidak Seperti Antarabangsa, Individu Ini Luah Kecewa Keadaan Kuching International Airport
Dinding Terkopek Dan Berkulat, Keadaan Lapangan Terbang Miri Jadi Perhatian Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tergamak Baling Telefon Ke Arah Kepala Bapa Warga Emas, Lelaki Dipenjara 8 Bulan Di Kuching
Next Article Boleh Bertutur Dalam Bahasa Iban, Wanita Melayu Asal Perak Ini Berjaya Buat Netizen Kagum

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?